Khairy Jamaluddin jadi model pula


Selepas menjadi penyampai radio di syarikat radio tempatan, HotFM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan.

Malah bekas Menteri Kesihatan itu juga dilihat menjadi model baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka sehingga menarik perhatian ramai netizen di media sosial.

Bukan itu sahaja, sebelum ini, tular sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram milik Khairy sendiri, yang mana menyaksikan beliau melakonkan watak sebagai penghantar makanan dalam mempromosikan iklan perniagaan restoran.

Umum mengetahui selain menjadi penyampai radio di HotFM, bekas Ketua Pemuda UMNO itu juga turut terlibat mengendalikan segmen podcast bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Sumber : - Sinar Harian

Post a Comment