Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat  Kesiapsiagaan & Tindakan Cepat Krisis (SPRCC) Kebangsaan, 115 kluster tempat kerja dengan kes 5,392 kes dilaporkan antara 12-26 Mei 2021. Lebih seperuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor perkilangan iaitu 62 kluster.

Pada 1 Jun 2021, MITI mengumumkan setakat pukul 12 tengah hari , 95,142 syarikat telah mendapat kebenaran untuk beroperasi semasa PKP 3.0.

Ini bermakna hampir 20 peratus dari syarikat berdaftar dengan COVID19 Intelligent Management System (CIMS) telah mendapat kebenaran untuk beroperasi. Adakah jangkaan bahawa  jumlah ini akan bertambah pada hari ini dan esok?

Tindakan kerajaan membenarkan sektor pembuatan atau perkilangan terpilih terus beroperasi walaupun dalam keadaan terhad akan terus mendatangkan risiko kejangkitan. Ini secara langsung bertentangan dengan matlamat mengadakan "Total Lockdown".

Kita telah bereksperimen dengan pelbagai SOP selama lebih setahun. Namun kes semakin meningkat dengan pelbagai variant of concern.

Penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial ini mesti berlaku secara total kecuali sektor makanan, pertanian dan kesihatan. Ia adalah untuk mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan yang sangat kritikal pada waktu ini.

Kepentingan sektor perkilangan dan pembinaan tidak lebih penting dari sektor lain yang rentan dan berisiko lumpuh sepanjang  pelaksanaan perintah pergerakan terhad secara total.

Semua pihak harus berkorban untuk dua minggu ini. Kita tidak akan dapat melandaikan lekuk jangkitan dengan pelbagai sektor terus beroperasi secara terpilih.


Sumber : Twitter Mohamad Hj. Hasan


Post a Comment