Manusia dikuarantin, alam haiwan nikmati kebebasan. Haiwan menikmati kebebasan sepenuhnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh dunia.


Babi hutan liar memasuki kawasan perumahan di Haifa, Israel, selepas pihak pemerintah menggesa rakyat untuk kekal berada di dalam rumah masing-masing. - REUTERS/Ronen Zvulun


Kawanan burung camar 'menakluk' hamparan pantai di La Baule, Perancis, ketika manusia diperintah untuk kekal berada di rumah untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19, pada April 10, 2020. REUTERS/Stephane Mahe


Helang spesies ekor merah mencengkam seekor burung merpati di Sheep Medow Central Park berlatarkan bangunan pencakar langit bandar raya New York, Amerika Syarikat pada 25 Mac lalu. - REUTERS/Mike Segar


Bukan selalu dapat peluang sebegini. Itulah yang ditunjukkan oleh rusa ini yang menerokakawasan kejiranan di Nara, Jepun dengan bebas tanpa kehadiran manusia. - AP Photo/Jae C. Hong


Jackal atau spesies anjing liar ini 'bergembira' di taman umum Hayarkon Park, di Tel Aviv, Israel ketika populasi manusia terpaksa duduk di dalam kediaman masing-masing bagi menghindar jangkitan COVID-19. - AP Photo/Oded Balilty


Seekor coyote meninjau di bahu jalan di lokasi Vista Point Jambatan Golden Gate di seberang San Francisco, Clifornia, Amerika Syarikat. - REUTERS/Shannon Stapleton


Post a Comment