Seorang frontliner yang juga pengguna laman Twitter dikenali sebagai Jan @janthegreatt ada ciapan yang memilukan.
Aku jaga roadblock dekat tol gombak masuk ke LPT. Kebanyakan surat rentas negeri atas alasan diberhentikan kerja. Aku doakan korang dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
Sesungguhnya ciapan itu meruntun hati ramai netizen dengan komen-komen dan perkongsian yang agak menyayat hati dengan keadaan semasa yang perlu dihadapi oleh masyarakat masa kini kerana banyak syarikat terpaksa gulung tikar dek angkara Covid-19. Namun ramai juga natizen yang mengutuk situasi jalan raya sesak tanpa mengetahui perkara yang sedang berlaku.
Berikut antara komen warganet di page Saje Share susulan perkongsian @janthegreatt itu:
Salah sorg nya aku 😔 moga² lepas pkp dpt kerja yg lebih baik.. mungkin ada hikmah sebalik semua ni.. meskipun hati sebenarnya belom move on dgn tmpt lama.. hmmm
Itula,kadang x smua org sama…ini nitizen asal nmpak je jem ingat org saje2 nk rempoh rodblok nk balik kg beraya..padahal org ada 1001 masalah lain..
Kot balik nk tgk org tua uzur ke,anak bini ke..udah2 la tu sikit2 nk kecam org x tentu hala
Yang klik icon ketawa itu, bahagia ya lihat orang lain susah dan menderita?
Kesiannyaa, kawan2 aku yang kerja Genting ramai yang kena buang ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Ramai ye yg kne diberhentikn kerja..bila lah nk berakhir virus ni..mereput kt umah xde kje..fuuuhh pening btol..sabar je la sahabt semua..doa yg baik baik..semoga kita semua diberikan rezeki yg melimpah ruah..amin..
Bersangka baik, mungkin Allah nak bagi rezeki yg lebih baik, semoga diberi kekuatan untuk semua.
Insya Allah rezeki Allah tu luas. Semoga yg diberhentikan kerja tu dimurahkan rezeki utk dpt keje lain lepas ni.
Betapa berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Semoga rakan2 yg diberhentikan kerja tabah dengan dugaan Allah. InshaAllah ada hikmah yg berlaku.
Kawan2 dari genting ke tu yang dah turun ðŸ˜, moga dimurahkan rezeki buat semue
Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki utk rakyat malaysia..😔
Waktu waktu begini, brotherhood penting. Look around you and offer helps, they need it. Tak kira mereka yang bekeluarga atau bujang.. show up and reach out
Suami sy salah seorng yg dbhentikn kerja…tp blik ke utara…15/3 last 18/3 pkp…ni br dpt kelulusan rentas negeri
Semoga dipermudahkan dipercepatkan hilangnya covid19 dan ekonomi kita kembali pulih.. Supaya peluang pekerjaan kembali terbuka… Covid kita boleh lawan.. Ekonomi kita boleh bina
Percaya pd allah…maha pgasih,maha penyayang…rezeki ad di mana2…jgn putus asa nk cari kerja baru..
Kita doakan supaya mereka dpt cari kerja….
Allahuakbar..kesian nye
Mmg pun… Neh ada lg Otw sedara ckp company dia pun nak buang orang
Yang dah pernah dibuang kerja jer tau macam mana perasaan ketika itu…macam mana reaksi pasangan kita nanti bila kita sampai kat umah kita dah tak bekerja lagi dan terpaksa cari kerja baru…tambah lagi masih ada loan yang belum langsai abis….aku bukan aper..sebab aku pernah mengalami…dekat seminggu aku merahsiakn hal itu dari isteri aku…secara slow slow aku ceritakan pada dia…tak sanggup aku ingatkan reaksi wajah nya ketika itu..
ramai kene buang kerja.. temasok la saya sendiri..
huhu
Adakah ramai lagi yang akan senasib dengan mereka sehingga terpaksa pulang ke kampung hingga melanggar PKPB ini?
Harap tidak ada pula natizen yang kaya raya, tidak terkesan dengan PKP mengutuk mereka dengan menyatakan balik kampung minta makan mak bapak.
Disunting dari sinarharian.com.my
Post a Comment