Harga produk Huawei serendah RM88 sempena jualan Hari Lahir Lazada

Banyak rutin yang tergendala sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tetapi, duduk di rumah tidak bermakna anda tidak boleh lakukan apa-apa. Dengan Huawei segalanya boleh!

Sempena Jualan Hari Lahir Lazada ke-8, Huawei ada tawaran istimewa buat anda. Tak perlu bersesak di luar untuk dapatkan produk hebat Huawei ini, Duduk di rumah dan patuhi arahan PKP, semuanya semudah di hujung jari, online kan ada!

Tawaran terhad hanya dua jam. Jualan hebat produk terpilih Huawei ini akan diadakan pada 27 Mac ini bermula jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Promosi ini boleh didapati di Lazada Mall iaitu platform jualan beli-belah pilihan utama rakyat Malaysia.

Produk Hero seperti Huawei Mate20, Huawei Nova 4e, Huawei MediaPad T5, Huawei Watch GT dan Huawei Band 4 akan ditawarkan jauh lagi murah dari harga asal!

Selain itu, Jualan Flash Crazy RM88 turut ditawarkan kepada tiga produk terpilih seperti Huawei Gentle Monster, Huawei MateBook 13 dan Huawei Mate20.

Promosi terhad ini akan diadakan pada 27 Mac pada jam 2 petang.

Baucar RM168 boleh digunakan untuk produk Huawei Mate 30 Pro, Mate 30, P30, P30 Pro, M5 Lite dan Freebuds 3. Manakala baucar RM88 boleh digunakan untuk produk Huawei Nova 5T, Y7P, Y9s dan Y9 Prime.

Rebutlah tawaran istimewa ini. Shopping di Lazada dari rumah! Tidak perlu berasak-asak di Lowyat yang sudah ditutup sementara kerana PKP. Selamat membeli belah.

Post a Comment