Jika anda mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan, mungkin ada baiknya jika tabiat itu dihentikan.
1. Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas.
2. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.
3. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).
4. Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.
5. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
6. Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.
Sebaiknya, elakkan tidur di dalam kereta. Jika perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.
Satu kejadian mengejutkan penduduk Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, apabila dua remaja lelaki ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, keduanya 19 tahun ditemui mati di kerusi hadapan kereta yang dipakir di tepi jalan raya kampung terbabit.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
Siasatan awal mendapati sebuah kereta myvi berwarna putih diletakkan di tepi jalan. Enjin kereta masih hidup dan terdapat dua lelaki di bangku hadapan dalam keadaan berbaring (tidur).
Pada mulanya penduduk kampung menyangka remaja berkenaan tidur tetapi apabila cermin kereta diketuk didapati kedua-dua lelaki itu tidak bergerak.
Mangsa telah disahkan mati di dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan yang membuat pemeriksaan keatas kedua-dua mangsa yang masih berada di dalam kenderaan.
-Astroawani
Post a Comment