Sebenarnya semua orang boleh memasang astro sendiri setiap kali seseorang berpindah rumah. Melabur hanya sekali, senang berkali-kali malah boleh jadi menjadi sumber pendapatan sampingan. Minggu lepas saya bantu kawan tembak astro, saya minta wang kopi RM30. Bukan cari untung cuma untuk beli petrol dan beli 100 plus. Kalau cari untung saya minta RM100.
Melabur hanya sekali. Pertama pergi ke portal Shopee atau Lazada App, cari produk di carian shopee atau Lazada yang bernama "Hellobox B1". Anda akan jumpa banyak produk ini dijual di sana cuma cari penjual yang menawarkan harga yang terbaik. Kalau berminat, add to cart dan buy. Tunggu sehingga barang sampai.
Untuk makluman, Hellobox akan disambungkan ke smartphone anda melalui gigi biru atau bluetooth. Oleh itu pengguna Hellobox kena download satu perisian yang diberi nama DVBFinder di Play Store. Jangan risau semua sudah disetting tinggal guna saja.
Lepas barang sampai sila baca-baca panduan. Sudah faham try testing tembak itu measat. Kalau sudah pandai tembak Chinasat. Kalau sudah pakar tembak NSS9 dan akhirnya anda akan melupakan astro.
Sebagai kesimpulan beli ni barang sebelum lenyap di pasaran.
Post a Comment