Pasaraya Aeon Tebrau, Johor ditutup kepada orang ramai pagi ini, bagi tujuan pembersihan selepas diserbu orang ramai, semalam. Sebagai masyarakat Malaysia yang mendukung budaya ketimuran tentu sangat kesal dengan segelintir pelanggan yang bersifat pengotor dan tak bertanggungjawab meninggalkan troli mereka yang penuh dengan barang.
Selebriti chef, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan turut meluahkan rasa kesal terhadap tingkah laku yang disifatkan mengundang sikap tamak haloba itu.
Menganggap kejadian itu suatu pembaziran Chef Wan berkata masih ramai golongan susah perlu dibantu dan lebih memerlukan pemberian berkenaan.
Keadaan pasaraya itu yang ditinggalkan dalam keadaan berselerakan mengundang kecaman netizen.
Post a Comment