Kos sara hidup semakin meningkat. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan kos sara hidup atau menampung kos sara hidup.

Saya beranggapan jika saya berjaya mengurangkan bil elektrik saya, saya dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan saya. Oleh itu saya berikthiar untuk mengurangkan bil elektrik saya.

Tidak menggunakan aircond menyebabkan saya tidak lena tidur. Hendak matikan peti sejuk nanti makanan dalam peti sejuk rosak. Dua perkara yang saya boleh lakukan ialah kurangkan menonton televisyen yang memomokkan cerita politik dan mematikan lampu pada waktu malam. Mengurangkan masa menonton televisyen boleh saya lakukan.. asal berita sahaja matikan televisyen sebab saya sudah tahu perkara yang mereka sampaikan. Namun bertindak mematikan lampu di waktu malam akan menyebabkan si pencuri akan ketawa terbahak-bahak.

Penyelesaiannya ialah kurangkan masa menonton televisyen dan matikan lampu pada waktu malam tetapi kawasan rumah masih terang benderang.

Bagaimana?



Baru-baru ini saya membeli Solar 70 LED Motion Sensor Remote Light di Lazada Malaysia. Tujuan utama saya membeli Solar 70 LED Motion Sensor Remote Light ini adalah mengurangkan bil elektrik. Dengan menggunakan alat ini, saya hanya menggunakan tenaga suria untuk menghidupkan lampu ini.

Lampu ini mempunyai 70 led dan sangat terang jika saya bandingkan dengan bulb lampu led 10 watt. Saya sudah seminggu menggunakan lampu Solar 70 LED Motion Sensor Remote Light ini dan kesimpulannya saya sangat berpuas hati dengan lampu ini.

Lampu ini mampu bertahan sehingga pukul 4 pagi dan pada masa itu saya sudah bangun pagi. Mengikut info penjual, Solar 70 LED Motion Sensor Remote Light boleh bertahan sehingga 8 jam jika sekiranya cukup cas.

Saya tidak perlu risau apabila saya balik lewat ke rumah atau apabila saya dan keluarga pergi jalan-jalan cari makan.

Sebagai kesimpulan, selain mungkin dapat berjimat, halaman rumah saya sudah terang benderang jika saya terlewat balik.


Post a Comment