Saya memiliki banyak movie yang saya download menggunakan handphon. Boring-boring boleh menonton movie kegemaran. Namun ada kalanya sangat membosankan menonton video dengan skrin kecik seperti handphon. Timbul fikiran mahu menonton movie yang terdapat dalam handphon ke televisyen supaya lebih hebat dengan sound yang hebat terutama wayang aksi.

Bolehkah menonton video di handphone ke televisyen? Kalau boleh menonton di skrin televisyen 52 inci kan bagus.. umhh siapa kata tak boleh? Kini terdapat banyak gajet yang dijual di Shopee, Lazada Malaysia, lelong yang membolehkan anda menonton video di handphone anda di televisyen.

Saya baru sahaja membeli Anycast M2 Plus. Gajet ini membolehkan saya menonton koleksi video yang terdapat di handphon saya di televisyen. Hanya sedikit setup mudah anda boleh menonton video anda ke skrin besar sebesar mana skrin yang anda mahu.

Jika berminat dengan gajet ini saya cadangkan kepada anda supaya mendapatkannya di Shopee kerana harganya jauh lebih murah berbanding di lazada.

Sekian sahaja perkongsian ringkas.




Post a Comment