Kelebihan
Harga I-Rova jauh lebih murah berbanding dengan jenama lain. Walau bagaimanapun kualiti Robot Vacuum ini sangat memuaskan. Ia boleh menyapu dan menyedut debu dan kotoran kecil seperti rambut. Kalau mahu yang lebih baik lagi, anda boleh pertimbangkan untuk mendapatkan jenama lain seperti Panasonic atau Samsung.
I-Rova yang mempunyai demensi yang nipis membolehkan ia menyusup di bahagian yang sempit seperti di bawah katil mahupun di bawah sofa selagi Robot Vacuum ini boleh memasukinya. Untuk menggunakan vacuum biasa agak susah membersihkan debu-debu di bawah katil atau di bawah sofa.
Jika kebetulan pada masa tertentu anda berasa malas untuk membersihkan lantai dengan menggunakan vacuum biasa, Robot Vacuum sangat praktikal untuk membantu anda. Anda hanya perlu tekan butang ON kemudian biarkan ia bekerja sehingga ia kehabisan bateri. Ketika anda sedang asyik menonton rancangan TV kegemaran anda, anda tidak perlu bertangguh membersihkan lantai rumah anda dengan adanya Robot Vacuum.
Kekurangan
I-Rova tidak boleh naik karpet. Apabila ia cuba melalui di karpet, ia akan tersekat dan memerlukan bantuan anda untuk mengeluarkan daripada tersekat. Jika lantai rumah anda mempunyai karpet kecil seperti di ruang tamu, ia menjadi masalah buat Robot I-Rova.
Tempoh masa mengecas bateri sehingga penuh mengambil masa hampir 4 jam. Ia merupakan tempoh yang agak lama jika sekiranya anda menggunakan untuk kadar segera. Untuk itu disarankan mengecas lebih awal sebelum menggunakannya. Sementara itu tempoh masa bateri yang dicas penuh lebih kurang 45 minit. Kebanyakan review pengguna juga menganggarkan tempoh itu untuk menggunakan Robot Vaccum ini.
Kesimpulan
Walaupun I-Rova mungkin tidak setanding dengan jenama terkenal seperti Panasonic atau Samsung ( saya tidak pernah guna ) tetapi boleh dikatakan ia masih menjalankan tugasnya sebagai Robot Vacuum dengan baik walaupun pada tahap cemerlang. Jika diambil kira dari segi harga, kerjanya sangat sesuai dengan harganya.
Anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan Robot Vacuum mengikut kemampuan anda untuk membantu meringankan tugas membersihkan lantai rumah leboh-lebih lagi apabila anda dalam situasi yang sangat sibuk.
Post a Comment