Sejak kebelakangan ini berita tentang jenayah pemandu uber kerap disiarkan di dada akhbar. Ini menunjukkan seolah-olah pemandu Uber ini berbahaya dan perkhidmatan mereka tidak selamat untuk dilanggan.

Bagi saya ia hanya kes terpencil yang menjadi hangat apabila berita diulang siar berulang kali. Tidak bermakna perkhidmatan Uber tidak selamat untuk dilanggan. Bukan semua pemandu uber seperti yang disangkakan dan jangan ingat pemandu teksi atau bas terlepas daripada melakukan jenayah.

Sebagai pengguna, kita tidak menjangkakan nasib apabila melanggan perkhidmatan mereka. Kebanyakan berfikiran positif namun harus sentiasa berwaspada. Kebanyakan muka mereka nampak jujur tetapi kita sebagai pengguna tidak dapat menjangka perkara yang sedang mereka fikirkan.

Begitu juga dengan penumpang yang kelihatan jujur tetapi ada yang tergamak merompak pemandu Uber atau teksi.

Bukan salah Uber apabila berlaku jenayah yang dilakukan oleh pemandu Uber. Sebab itu jika anda berasakan diri anda seorang yang baik dan jujur, jangan segan dan malu untuk menjadi salah seorang pemandu Uber.


Menjadi pemandu uber dapat membantu anda menjana pendapatan sama ada sebagai pendapatan tetap atau sampingan. Anda boleh memandu dan mendapat wang sebanyak yang anda mahu. Dan, semakin banyak anda memandu, semakin banyak wang yang akan anda buat. Tambahan pula, anda akan mendapat bayaran mingguan dan tambang anda akan dideposit secara automatik.

Sebagai pemandu uber, anda tetapkan jadual anda sendiri. Hanya memandu apabila masa sesuai untuk anda. Tidak ada pejabat dan tiada bos. Ini bermakna anda akan sentiasa bermula dan berhenti pada masa anda kerana dengan Uber, anda bertanggungjawab.

Pendaftaran sebagai pemandu Uber adalah mudah. Daftar sebagai pemandu Uber hari ini dan anda akan berada di jalan raya untuk menjana pendapatan. Pendaftaran sebagai pemandu Uber mengambil masa kurang dari 4 minit. Ada kereta cantik jangan tunggu ia reput tanpa memberikan pulangan kepada anda.

Kebanyakan pemandu Uber yang berdisiplin di Malaysia di rekodkan menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM3000 seminggu dan kebanyakan mereka juga melakukan kerja sebagai sampingan sahaja.

Namun untuk menjadi pemandu Uber perlu mempunyai tanggungjawab yang tinggi membawa pelanggan anda selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Bagi yang berminat menjadi pemandu Uber, daftar sebagai pemandu Uber Malaysia secara online.

Update :

Uber tidak lagi beroperasi di Malaysia kerana telah bergabung dengan Grabcar.

Post a Comment