Kini terdapat banyak jenama jigsaw di pasaran Malaysia yang dijual di kedai hardware atau secara online di Lelong.my atau di Lazada Malaysia. Pilihan yang banyak tentu saja membuatkan seseorang bingung memilih jigsaw yang sesuai kerana memilih mesin jigsaw yang salah akan merugikan diri sendiri. Ini akan menambahkan kos anda kerana anda terpaksa akan membeli jigsaw yang baharu.
Apa jenama jigsaw yang bagus?
Tidak ada cadangan jenama jigsaw yang bagus. Ia bergantung kepada pengguna sendiri untuk dapatkan jigsaw yang berbaloi untuk tugsanya.
Biasanya jika anda ke kedai hardware dan bertanyakan kepada peniaga jenama yang bagus, peniaga yang bagus tidak akan rekomenkan anda terus sesuatu jenama tetapi anda akan ditanya bagaimana anda menggunakan jigsaw tersebut? jika anda seorang usahawan yang menggunakan jigsaw sepenjang masa anda akan di cadangkan model tertentu dan jika sekadar sebagai hobi anda akan dicadangkan model tertentu.
Jika anda membeli jigsaw berdasarkan jenama, berikut merupakan jenama yang terkenal yang boleh dipertimbangkan.
- Metabo
- Proxxon
- Dremel
- Black&Decker
- Bosch
- Makita
- Maktec
- DeWALT
- Hitachi
- Stanley
- Skil
- BITEC
- AEG
- Krisbow
Jika anda membeli secara online, lihat review daripada pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli. Sebagai contoh saya hanya membeli jenama stanley Jigsaw 650W yang jika dilihat 15 review daripada pembeli, kesemuanya memberikan review yang positif. Dari segi ranking yang tidak rasmi di atas, stanley bukanlah jenama yang baik tetapi sebenarnya ia menghasilkan produk yang baik berbanding dengan jenama China yang terdapat di pasaran.
Post a Comment