Dek kerana keistimewaan yang dimilikinya ini, Omar juga tidak lama lagi bakal dinobatkan sebagai Kucing Terpanjang di Dunia oleh Guinness World Record.
Al-kisahnya, kucing berwarna coklat cair ini dikenali selepas muncul dalam laman sosial, Cats of Instagram.
Gambarnya itu sekali gus menarik perhatian Guinness World Records yang menghubungi pemilik kucing tersebut, Stephy.
Stephy kini dalam proses mengirimkan ukuran Omar yang bersaiz 120 sentimeter.
Menurut Stephy, dia dan kekasihnya,Rowan Lawrence memelihara Omar ketika masih bayi.
Selain dari tubuh badannya yang besar, Omar juga dikatakan gemar makan daging kanggaru. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment