Kelabihan memelihara kucing bukan sekadar pendapat di kedai kopi tetapi ia merupakan hasil kajian. Kucing sejak sekian lama merupakan haiwan peliharaan yang disukai ramai. Jika anda belum mengetahui kelebihan memelihara kucing ambil kesempatan ini untuk membaca beberapa kelebihan memelihara kucing antaranya :
1. Melatih seseorang untuk menjadi seorang yang penyayang
Memelihara kucing dapat melatih seseorang untuk menjadi seorang yang lebih penyayang. Seseorang kanak-kanak yang sering membelai kucing peliharaan secara tidak langsung dapat melatih dirinya untuk menjadi seorang yang penyayang.
2. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Hasil sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Ini bermakna risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung adalah sangat rendah.
3. Baik untuk kesihatan tubuh badan
Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing. Dr. Bradley Smith mengatakan bahawa memelihara kucing sangat baik bagi kesehatan tubuh, Smith menamainya sebagai ‘pet-effect.
4. Mencegah alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing. Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang mengatakan bayi yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan daripada berlaku.
5. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.
6. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
7. Menurunkan kolestrol
Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.
8. Mengurangkan risiko mendapat strok
Prospek mempunyai strok adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan strok, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat strok.
9. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stress. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.
10. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan peliharaan boleh membantu memperbaiki mood anda termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.
11. Lelaki memelihara kucing lebih romantik
Berdasarkan dari hasil kajian kaji selidik di Eropah, 82% wanita muda mengakui bahawa lelaki yang suka dengan kucing terutama yang memelihara kucing jauh lebih romantik.
Lelaki yang suka memilihara kucing juga dianggap lebih penyayang berbanding lelaki yang tidak suka atau memelihara kucing. Lelaki sabar menghadapi karenah kucing yang berak sana sini, apalagi melayani gadis yang dicintainya..Jadi carilah lelaki yang suka memelihara kucing..:)
Sumber :
Facebook : loyalecat
Blog : www.lebahmaster.com
Post a Comment