![]() |
Polis Rasuah Kumpul RM800,000 Dalam Rumah |
Sumber SPRM berkata, wang tunai berkenaan ditemui dalam stor di rumah koperal polis di kuarters Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ketika serbuan dilakukan pada 2.15 petang semalam.
Difahamkan, suspek lelaki berusia 52 tahun itu berperanan mengutip serta mengumpulkan wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut yang terbabit.
Sumber memaklumkan, SPRM akan melakukan tangkapan susulan sekitar Melaka selepas ini.
Itu baru kutipan daripada pusat judi dan pusat urut, belum daripada kutipan penyeludupan.
Bayangkan setiap hari orang ramai melihat penjual rokok seludup menjual rokok secara bebas di mana-mana bandar di Malaysia. Bagaimana pihak penguat kuasa seperti polis, kastam tidak melihat perkara itu. Pegawai polis atau pegawai kastam menghisap rokok jenama Astro, LA atau ERA, takkan tidak tahu itu rokok seludup. Carilah di mana-mana kedai yang menjual rokok, adakah anda jumpa kedai menjual rokok jenama itu?
SPRM perlu menyamar sebagai pembeli rokok seludup bagi menangkap dalang di sebalik penyeludupan seperti rokok yang dijual secara terbuka khususnya di Sabah.
Post a Comment