Saya belum pergi ke sana tetapi daripada gambar seorang rakan, saya pasti tempat ini sangat cantik untuk di kunjungi.

Photo : Twitter Tempat_Best

Pantai Kemasik merupakan pantai yang amat indah dengan pasir keemasan dan air yang jernih. Ini disebabkan pantai Kemasik mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai ini. Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah pantai kemasik ini. Jika anda berkunjung ke Terengganu jangan lupa singgah di Pantai Kemasik.


Pantai Kemasik terletak kira-kira 10 KM daripada bandar Kijal dan boleh di akses dengan menggunakan kenderaan.

Anda boleh memanjat batu besar disitu bagi melihat panorama pantai Kemasik dari sudut yang berbeza tetapi anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan memakai pakaian dan kasut yang sesuai. Berhampiran pantai juga terdapat perkampungan nelayan. Sekitar jam 10 hingga 1 tengah hari pengunjung akan dapat melihat para nelayan pulang dari laut secara berperingkat dan segala hasil yang meraka bawa pulang dijual beli secara lansung oleh penduduk setempat mahupun para peraih ikan.

Pantai ini juga menjadi tumpuan photographer untuk merakam suasana matahari terbit di samping merakam panorama serta aktiviti-aktiviti nelayan yang pastinya menjanjikan satu kepuasan bagi anda.

Jika anda penduduk luar terengganu merancang hendak ke sana, bolehlah risik-risik hotel yang berdekatan di portal agoda bagi memudahkan perjalanan.

Post a Comment