Permintaan terhadap homestay sangat tinggi kebelakangan ini. Dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, orang ramai lebih prihatin dengan harga penginapan yang mahal. Mereka memilih untuk menginap di homestay. Walaupun berhadapan dengan persaingan tinggi, namun kemudahan homestay masih tidak mencukupi.


Bagi sesiapa yang mempunyai modal, ini peluang buat duit dengan homestay.

Sebagai pengusaha homestay, anda tidak boleh berhenti, ia perlu dilakukan secara berterusan, tidak kira menggunakan medium atau platform seperti Facebook mahupun laman web.

Kelebihan menjalankan perkhidmatan homestay

Pertama, adalah pulangan atau keuntungan berlipat ganda jika dibandingkan dengan sewa bulanan. Jika sewa bulanan sebulan berharga RM600, dengan homestay boleh dapat sehingga RM1,500 bersih sebulan. Sejak beroperasi pada April tahun lalu, Homestay Kontena Melaka mencatatkan keuntungan lima kali ganda berbanding sewa bulanan iaitu RM8,000 hingga RM10,000 sebulan.

Selain itu, walaupun ada yang mengatakan bahawa homestay agak rumit untuk diusahakan, namun bagi saya, ia memberi kelebihan apabila rumah dibeli tidak rosak dan boleh dijaga dengan baik kerana hanya disewa berdasarkan hari.

Oleh sebab itu, adalah penting mengupah individu tertentu bagi menguruskan aktiviti pembersihan setiap homestay yang dimiliki setiap kali orang keluar (check out) bagi memastikan tahap kebersihan yang terbaik.

Perkara yang perlu diketahui untuk membuka homestay

Paling penting adalah aktiviti pemasaran. Sebagai pengusaha homestay, kita tidak boleh berhenti, ia perlu dilakukan secara berterusan, tidak kira menggunakan medium atau platform seperti Facebook mahupun laman web. Bagi Homestay Kontena Melaka saya banyak buat pemasaran melalui Facebook.

Selain itu, sebelum membuka sesebuah homestay, pengusaha perlu mengambil tahu lokasi homestay yang ingin dibangunkan sama ada dekat dengan kawasan tarikan seperti pantai, tempat bersejarah dan pusat membeli-belah.

Idea homestay kontena

Homestay jenis ini kerana kos pembinaan murah berbanding membina sebuah rumah untuk tujuan yang sama. Untuk keseluruhan kos homestay ini, pengusaha hanya melaburkan kira-kira RM150,000 bagi lapan bilik dan sebuah kolam renang. Homestay dengan menggunakan kontena juga boleh dibina secara berperingkat mengikut bajet dan boleh ditambah pada masa akan datang. Cuma, pengusaha perlu mempunyai tanah sendiri untuk membina homestay tersebut.

Homestay kontena juga boleh dihasilkan mengikut kreativiti pengusaha sendiri agar nampak unik, kasual dan menarik.

Malah, proses pembinaan juga lebih cepat dan memandangkan kontena adalah mudah alih. Harga kontena juga boleh didapati dengan harga berbeza bergantung kepada pembekal dengan harga bermula RM3,5000 bagi kontena 20 kaki dan RM7,500 untuk kontena 40 kaki.

Post a Comment