Di dalam situasi tertentu, adalah tidak mudah untuk menjaga dan membela anak. Apabila anak anda mula merangkak dan bergerak, kawasan persekitaran rumah menjadi amat berbahaya memandangkan kanak-kanak kecil tidak sedar akan keadaan rumah yang mungkin membahayakan mereka. Maka dengan sebab itu, kanak-kanak di bawah umur 4 tahun cenderung kepada kecederaan yang berlaku di rumah berbanding dengan kecederaan kenderaan bermotor.
Namun, adalah suatu perkara yang menyedihkan apabila kanak-kanak yang terlibat dalam kecederaan yang berlaku di rumah mungkin parah atau maut disebabkan kecederaan ini. Namun, dengan perancangan terperinci, anda mampu mengadakan persekitaran rumah yang selamat untuk anak anda. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, sebarang jalan pencegahan dapat mengelakkan kecederaan dari menimpa anak anda di rumah.
Berikut beberapa petua berguna untuk ibu bapa berkaitan keselamatan kanak-kanak di rumah;
1. Jangan sekali-kali tinggalkan bayi ataukanak-kanak bersendirian atauterkunci di dalam bilik.
2. Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan lain-lainbahan kimia yang berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan-bahan ini ke dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru dan menyangkaianya makanan atau minuman.
3. Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dantali leher di tempat yang tidak bolehdicapai kanak-kanak.
4. pabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah (BBQ, kenduri dan sebagainya), jangan benarkan kanak-kanak berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa. Bahan bakar seperti mancis dan lilin perlu disimpan di tempat yang selamat.
5. Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.
6. Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda dari memasukkan jarinya atau lain-lain benda ke dalamnya.
7. Kesat atau lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada tergelincir dan terjatuh.
8. Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di dalam rumah dan pastikan setiap orang dewasa di dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini.
9. Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah. Patuhi jadual selenggaraan dan servis alat-alat ini.
10. Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan kebakaran.
11. Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi. Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter sahaja.
12. Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak-kanak berkenaan tempat berkumpul di luar rumah sekiranya berlaku kebakaran.
13. Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci. Jangan tinggalkan ubat-ubatan di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah “gula-gula”. Jangan memakan ubat di depan anak.
Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia
Post a Comment