Kita memang menyayangi anak. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa memberikan mereka yang terbaik. Kita asyik risau tentang pemakanan anak,pertumbuhan, kesihatan, perkembangan, pendidikan mereka dan seribu satu macam benda lagi. Salah satu cabaran terbesar yang kita hadapi ialah melindungi kanak-kanak dari bahaya dan malapetaka. Ini termasuklah jangkitan penyakit seperti batuk kokol dan demam denggi serta bahaya fizikal seperti penculikan dan penderaan.
Hakikatnya, ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan. Data dari negara-negara membangun menunjukkan bahawa kecederaan meragut lebih banyak nyawa berbanding semua kematian akibat penyakit kanak-kanak. Bagi setiap kanak-kanak yang mati akibat kecederaan, terdapat lebih kurang 40 orang lagi yang dirawat di hospital dan1,000 lagi yang dikejarkan ke wad kecemasan.Di Malaysia, kecederaan adalah di antara punca utama kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.
Situasi yang mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan ada di mana-mana, di dalam dan di luar rumah. Kanak-kanak berusia di bawah umur 4 tahun mempunyai risiko tertinggi mengalami kecederaan di dalam rumah.
Kecederaan mungkin berlaku tanpa diduga, tetapi hampir kesemua jenis kecederaan termasuklah yang mengakibatkan kematian, boleh dielakkan.
Menjangka kehadiran situasi bahaya, dan bukannya bertindak selepas kejadian yang tidak diingini berlaku,adalah kunci yang akan membantu ibu bapa menjaga keselamatan kanak-kanak.
Jadikan rumah anda selamat supaya kanak-kanak boleh menerokai dan menjalani kehidupan dengan gembira. Ia jugaakan memberikan anda ketenangan fikiran. Post saya pada masa akan datang memberikan maklumat yang membantu anda mengenalpasti dan menghapuskan punca-punca atau perkara yang berpotensi untuk menjadi merbahaya agar rumah anda lebih selamat untuk kanak-kanak.
Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia
Post a Comment