Terbaru jam pintar kesihatan yang dikenali Heartisans Watch dibangunkan oleh Heartisans merupakan satu teknologi yang mampu meramal keberangkalian berlaku serangan sakit jantung kepada pesakit 10 minit sebelum serangan berlaku.
Jam tangan pintar kesihatan Heartisans Watch mempunyai kemampuan yang unik berbanding dengan jam pintar yang lain. Jam tangan pintar kesihatan mampu membaca nilai tekanan darah pengguna. Pengguna boleh memeriksa tekanan darah pada bila-bila masa. Selain itu jika sekiranya pergi berjogging, jam pintar kesihatan ini mampu merakam jumlah langkah anda. Jika anda berjalan kaki pada setiap hari jam pintar kesihatan akan merakam jumlah langkah pengguna. Jumlah jam pengguna tidur juga dapat dirakam.
Perlunya Jam Pintar Kesihatan
Adakalanya kita sentiasa berasa sihat walaupun hakikatnya tekanan darah kita sudah ke tahap yang membahayakan. Dengan menggunakan jam pintar kesihatan ini pengguna akan sentiasa mengetahui tahap tekanan darah.
Apabila umur sudah meningkat, adakalanya seseorang itu berfikiran masih mampu melakukan aktiviti sukan yang biasa di lakukan pada masa muda tanpa memikirkan kadar nadi per minit. Mungkin mereka terus melakukan aktiviti sukan walaupun KNL sudah melabihi sepatutnya kerana tidak menyedarinya tanpa bantuan alat canggih seperti jam tangan pintar kesihatan. Sebab itu sering kita dengar ada orang mati semasa bermain badminton, main bola sepak dan semasa berjoggong.
Sebagai kesimpulan, jam tangan pintar kesihatan mampu menjaga diri pengguna daripada musibah. Pengetahuan awal akan membuatkan anda bertindak awal.
Post a Comment