Makanan dan pemakanan bayi tidak boleh dipandang ringan kerana bayi sangat mudah mendapat jangkitan. Oleh itu ibubapa perlu memainkan peranan penting dalam menjaga pemakanan bayi. Berikut adalah panduan keselamatan bayi ketika makan ;
1. Susu ibu memberikan bayi anda pemakanan sempurna dan perlindungan dari jangkitan penyakit.
2. Bagi ibu yang menyusukan anak: elakkan arak dan dadah, kecuali jika diarahkan oleh doktor. Beritahu doktor anda bahawa anda menyusukan anak sebelum dia memberikan preskripsi ubat-ubatan.
3. Jangan tinggalkan anak bersendirian dengan botol susu di dalam mulutnya kerana dia mungkin tercekik. Jangan benarkan anak tidur dengan botol susu dalam mulutnya.
4. Bancuh susu baru setiap kali anak menyusu. Buang lebihan susu sekiranya bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut. Bakteria yang membiak di dalam lebihan susu boleh menyebabkan bayi jatuh sakit.
5. Panaskan botol susu dengan meletakkannya di dalam bekas berisi air panas.
6. Uji suhu susu dengan menitiskannya di bahagian dalam pergelangan tangan.
7. Jangan sekali-kali memanaskan botol susu di dalam ketuhar gelombang mikro. Ianya bahaya kerana air susu mungkin lebih panas daripada botolnya dan boleh melecurkan mulut bayi. Pemendapan wap panas di dalam botol juga boleh menyebabkan ia meletup.
8. Jika bayi anda menggunakan puting, yang tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan barisan gigi, pastikan pelindung puting cukup besar dan tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi.
9. Ajar anak duduk apabila makan. Kunyah dan telan makanan sebelum bercakap atau ketawa. Jangan benarkan anak anda berjalan, berlari atau bermain ketika ada makanan dalam mulutnya.
Post a Comment