Dengan kehidupan dan kerjaya yang sibuk, sesetengah ibubapa mungkin tidak boleh menjaga kanak-kanak sepenuh masa. Ramai ibubapa akan menghantar anak mereka kepada pengasuh atau pusat asuhan kanak-kanak semasa waktu bekerja. Ada ibubapa mengupah orang gaji yang tinggal bersama mereka atau meninggalkan anak dengan nenek dan atuknya. Di dalam panduan ini, mereka semua akan dikenali sebagai ‘penjaga kanak-kanak’. Keselamatan anak menjadi tanggungjawab mereka apabila anda tidak berada di sekeliling mereka.
1. Tinggalkan anak dengan orang dewasa yang bertanggungjawab. Kanak-kanak yang lebih tua tidak sepatutnya diberikan tanggungjawab untuk menjaga adik yang lebih kecil.
2. Pastikan penjaga kanak-kanak turut mengamalkan tabiat keselamatan yang baik. Bincangkan aspek-aspek keselamatan dengan mereka jika anda rasa terdapat perkara yang boleh diperbaiki.
3. Berikan nombor telefon anda kepada penjaga kanak-kanak supaya anda boleh dihubungi jika berlaku kecemasan.
4. Jika kanak-kanak sakit dan perludi beri ubat, tuliskan masa dan dos ubat yang perlu diambil. Beritahu penjaga kanak-kanak sekiranya anda sudah memberi ubat kepada kanak-kanak sebelum meninggalkannya dengan mereka bagi mengelakkan terlebih dos.
5. Beritahu penjaga kanak-kanak sekiranya anak anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang memerlukan perhatian seperti lelah dan sawan. Pastikan anda menerangkan apa yang perlu penjaga lakukan sekiranya kanak-kanak mendapat serangan lelah atau sawan.
Sumber : KKM
Post a Comment