Jatuh
Jika anak anda terjatuh dan anda risaudia mengalami kecederaan di kepala atau patah tulang, perhatikannya dengan teliti bagi tanda-tanda berikut :
- Keliru
- Muntah-muntah lebih daripada satuatau dua kali
- Mengantuk dengan berlebihan atau sukar untuk terjaga
- Hilang keupayaan yang bolehdilakukan oleh kanak-kanak sebelum terjatuh (seperti merangkak atauberjalan)
- Keluar darah atau lendiran dari telinga
- Berlaku sawan selepas terjatuh
- Anak mata tidak sama saiz
Apa Yang Anda Perlu Lakukan Dalam Kecemasan
- Jika bengkak atau kulit merah, gunakan pek ais untuk mengurangkan bengkak tetapi berhati-hati agar anda tidak membekukan kulit bayi.
- Perhatikan anak dengan teliti selama 24 jam selepas terjatuh atau kepalanya terhantuk untuk sebarang perubahan dalam tingkahlaku.
- Jika anak anda tidak boleh menggerakkan bahagian yang tercedera, gunakan bahan yang keras dan kuat (seperti kayu atau surat khabar yang sudah digulung kemas) untuk membuat anduh (lihat bahagian Bantuan Kecemasan).
- Apabila tekak atau kerongkong anak tersumbat, dia akan batuk, tercungap-cungap atau hampir muntah.
- Jika anak tidak berbunyi, berhenti bernafas dan biru, bertindak dengan cepat kerana dia mungkin tercekik.
- Kanak-kanak kecil biasanya tercekik kerana tertelan bahagian mainan yang boleh ditanggalkan atau barang-barang kecil yang biasa dijumpai di rumah (duit syiling, butang, getah pemadam, barang kemas dan sebagainya)
- Letakkan kanak-kanak di atas pehaanda, kepala ke bawah.
- Tepuk di antara tulang belikat.
- Jika tepukan tidak berhasil, gunakantujahan abdomen tetapi hanya jikaanda sudah dilatih berbuat demikian.
- Jika tidak, mulakan CPR (lihat bahagian CPR) Untuk bayi
- Pangku bayi di lengan anda.
- Tepuk di antara tulang belikat, tetapi jangan sekuat tepukan bagi kanak-kanak kecil.
- Ulang sehingga bahan yang menyebabkan bayi tercekik terkeluar.
- Jika bayi tidak sedarkan diri,mulakan CPR (lihat bahagian CPR).
- JANGAN SEKALI-KALI menggunakantujahan abdomen.
- Punca-punca biasa kanak-kanak terbakar dan melecur : Cecair panas seperti kopi atau teh ; botol susu yang telah dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro atau dapur ; percikan api atau habuk rokok ; air mandian yang terlalu panas (suhu melebihi 120°F), bermain di tempat orang memasak, seperti di kenduri.
- Kebakaran dan melecur boleh jadi ringan atau serius :
b. Kebakaran tahap kedua : Kulit melepuh, kemerah-merahan,bengkak dan kesakitan. Lapisan atas kulit terbakar dan lapisankedua turut rosak.
c. Kebakaran tahap ketiga: Nampak keputihan dan hangus; meliputi semua lapisan kulit. Kerosakan saraf yang teruk mungkin menyebabkan tiada rasa sakit.
Apa Yang Anda Perlu Lakukan ?
Kebakaran/melecur ringan
- Gunakan air sejuk pada bahagianyang melecur.
- Tanggalkan sebarang pakaian dari bahagian yang terbakar atau melecur tetapi JANGAN
- tanggalkan pakaian atau apa sahaja yang melekat ke kulit.
- Tutup bahagian terbakar dengan kain yang bersih, ringan dan tidak berbulu.
- JANGAN sapukan krim atau minyak.Kebakaran/melecur serius
- Panggil bantuan kecemasan atau ambulans.
- Baringkan anak.
- Tutup bahagian yang terbakar dengan tuala yang telah direndam di dalam air sejuk untuk menghentikan proses terbakar.
- Jangan letakkan ais di bahagianter bakar. Ia boleh menyebabkan kerosakan tisu.
- Alihkan tuala basah tadi dan tutup bahagian terbakar dengan kain yang bersih dan kering.
- Periksa dan tuliskan kadar pernafasan dan nadi setiap 10 minit semasa menanti kedatangan ambulans.
- Tutup aliran elektrik dengan serta-merta.
- Panggil bantuan kecemasan atauambulans.
- Berlaku apabila bayi atau kanak-kanak berada di dalam air yang terlalu dalam atau apabila mereka terperangkap dengan muka mereka terendam di dalam air.
- Tindak balas semulajadi bagi kanak-kanak ialah panik dan meronta-ronta, berhenti atau cuba menahan nafas.
- Apabila dia bernafas semula, dia menyedut air dan lemas.
- Jika tiada nadi atau kanak-kanak tidak bernafas, mulakan CPR (baca bahagian CPR) serta-merta dan panggil ambulans.
- Jika anak anda terendam di dalam air dengan cukup lama dan diasukar bernafas, kulit bertukar biru dan antara sedar atau tidak, panggil ambulan serta-merta.
- Anda perlu mengesyaki keracunan jika anda mendapati bayi anda berada berdekatan dengan bekas kosong atau bekas terbuka berisi bahan-bahan toksik.
Jika bahan kimia terkena kulit
- Cuci sebarang lebihan bahan kimiadi kulit dengan air yang banyak.
- Gunakan pertimbangan anda untuk sama ada menelefon doktor atau ambulans. Beri maklumat tentang bahan kimia tersebut.
- Periksa, dan jika perlu, pastikan ruang pernafasan tidak tersumbat dan anak boleh bernafas.
- Jika anak tidak sedarkan diri, periksa pernafasan dan nadi dan bersedia untuk memberikan CPR (baca bahagian CPR).
- Gunakan pertimbangan anda untuk sama ada menelefon doktor atau ambulans. Beri maklumat tentang bahan kimia tersebut.
- Jika bibir kanak-kanak melecur akibat bahan yang menghakis, beri kanak-kanak minum air atau susu sedikit demi sedikit dengan kerap.
- Jangan cuba buat anak muntah jika beliau telah termakan minyak tanah atau bahan yang volatil.
- Perhatikan perubahan tingkahlaku, bibir atau tangan yang melecur atau kemerah-merahan, muntah-muntah, nafas yang berbau seperti bahan kimia, kesukaran bernafas atau sawan.
- Jika anda mengesyaki anak tertelan racun atau kulit dan tangannya terkena racun, alihkannya dari sumber racun dan panggil pusat racun terdekat. Berikan maklumat tentang racun, jumlah yang tertelan dan perubahan fizikal kepada kanak-kanak.
Post a Comment