Setiap rumah perlu ada Peti Kecemasan kerana ia berguna sebagai langkah awal membantu sebarang kecemasan jika berlaku kecemasan. Pastikan barang-barang berikut ada di dalam peti kecemasan anda :

1. Buku panduan kecemasan
2. Kain pembalut kasa yang disteril dan kapas
3. Pita pelekat
4. Kain pembalut luka pelbagai saiz
5. Pembalut luka elastik
6. Kain pengelap anti septik
7. Krim antibiotik
8. Cecair antiseptik (seperti hidrogen peroksida, acriflavine, gentianviolet, atau chlorhexidine)
9. Krim hidrokortisona (1%)
10. Paracetamol
11. Preskripsi ubat-ubatan tambahan (jika anda sedang bersiap-sedia untuk melancong)
12. Penyepit kecil
13. Gunting yang tajam
14. Pin keselamatan
15. Pek sejuk mudah-buang
16. Losyen kalamin
17. Kain lap beralkohol atau alkohol etil
18. Termometer
19. Sarung tangan plastik (sekurang-kurangnya 2 pasang)
20. Lampu suluh dan bateri tambahan
21. Senarai nombor kecemasan
22. Selimut (disimpan berdekatan peti kecemasan)

Selepas anda melengkapkan peti kecemasan :
  • Baca buku panduan supaya anda faham dan tahu bagaimana menggunakan barang-barang di dalam peti itu. (Jika kanak-kanak boleh memahami, baca buku ini bersama-sama).
  • Simpan peti kecemasan di tempat yang tidak boleh dicapai anak tetapi senang dijumpai oleh orang dewasa.
  • Periksa peti kecemasan dari masa ke semasa. Gantikan barang-barang yang tiada atauyang sudah sampai tarikh luput.

Post a Comment