Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam mahu debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diteruskan. Beliau berkata, dunia semakin terbuka, malah politik negara kini semakin matang .
Negara-negara luar seperti Amerika Syarikat akan mengadakan debat apabila ada isu-isu tertentu yang perlu didebatkan. Oleh itu malaysia perlu mewujudkan politik matang agar rakyat Malaysia dapat mendengar dan menilai hujah-hujah daripada pendebat agar rakyat Malaysia mendapat keputusan yang tepat. Mendengar hujah dari sebelah pihak sahaja umpama menegakkan benang yang basah.
Debat boleh dijalankan ditempat-tempat tertentu yang tidak menganggu ketenteraman awam. Sejarah membuktikan, sebelum ini debat antara Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek yang diadakan di Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Bunyi sorakan itu perkara biasa seperti sorakan di stadium semasa menyaksikan perlawanan bola sepak.
Ilmiah
Saya suka mendengar idea-idea yang bersifat ilmiah. Adalah lebih sesuai saya mendengar hujah kedua pihak daripada mendengar hujah sebelah pihak. Saya akui saya tidak berapa suka membaca lagipun kebanyak penulisan ilmiah lebih bersikap menyokong satu pihak. Oleh itu saya tidak dapat menilai idea yang benar.
Debat budaya demokrasi
Polis mengatakan debat dibatal demi keselamatan awam. Mengapa debat boleh menganggu keselamatan awam? Jahat sangatkah debat itu sehingga boleh mengancam keselamatan awam? Bukankah debat itu hanya satu saluran untuk menyampaikan idea? Bagaimana idea itu boleh menganggu keselamatan awam? Lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Ada orang buat huru-hara? Hanya kerana debat ada orang mahu buat huru-hara? Wah! siapalah rakyat Malaysia yang paling bodoh di muka bumi sehingga tergerak hati mahu melakukan kejahatan apabila mendengar debat? Orang bodoh Tabooooo dengar, sebut perkataan DEBAT.
Debat Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek
Tidak ada laporan kejadian rakyat Malaysia mati disebabkan oleh debat Anwar dengan Shabery. Saya sudah puas mencari di uncle google nemun tidak berjaya menemuinya.
Kalau takut katakan takut
Kejujuran itu sangat menyakitkan sebab itulah semua orang berbohong agar semua manusia hidup dalam gembira walaupun lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Tahniah
Tahniah buat hero Malaysia.
DS Anwar Ibrahim VS Datuk Shabery Cheek
TS Chua Soi Lek VS Datuk Lim Guan Eng
Post a Comment