Anduh ialah bantuan kecemasan untuk jangkamasa pendek bagi bahagian bada nyang tercedera. Ia bertujuan melindungi bahagian yang tercedera dari kecederaan yang lebih teruk semasa menunggu bantuan kecemasan tiba. Adalah penting bagi anda memeriksa peredaran darah dari masa ke semasa setelah menganduh bahagian yang tercedera.

Berikut ialah bagaimana membuat anduh:

1. Mula-mula, cari objek yang keras dan tegap seperti kayu atau sura tkhabar yang telah digulung dengan kejap.

2. Letakkan objek bersebelahan dengan bahagian badan yang cedera.

3. Balut pita di sekeliling objek dan bahagian badan supaya kedua-duanya bercantum.

4. Letakkan anduh di posisi di mana bahagian badan dijumpai. Maksudnya, jangan cuba meluruskan atau mengalihkan bahagian yang cedera.

5. Ubahsuai supaya anduh lebih panjang dari bahagian yang cedera. Cuba elakkan sendi atas dan bawah bahagian ini dari bergerak. Kadang-kadang, ia mustahil dilakukan kerana kedudukan kecederaan tidak membenarkan.

6. Selepas anduh diletakkan di posisi yang sesuai, ikat dengan tali pinggang atau cebisan kain supaya ia kemas dan tidak bergerak. Untuk memastikan peredaran darah tidak terhenti, jangan buat simpulan mati atau ikat dengan terlalu ketat dan kuat.

7. Periksa dengan kerap selepas anduh dibuat dan pastikan peredaran darah tidak terganggu.

8. Dapatkan bantuan perubatan.


Sumber : KKM

Post a Comment