Kalau ada barang kesayangan yang boleh dibeli harga lebih murah, apa pasal pilih yang mahal..

Pernah dengar mengenai smartphone Apple refurbished? iPhone refurbished merupakan smartphone yang sudah pernah berada di pasaran. Mungkin ia barang terpakai atau yang belum dipakai tetapi dikembalikan kepada pengilang kerana mempunyai kecacatan. Ia dibaiki semula dan hantar ke pasaran dan dinamakan sebagai iphone refurbished dan bukannya iphone rekon.

Walaupun hakikatnya iphone refurbished juga sebenarnya rekon tetapi ia sangat berbeza kerana iphone refurbished di buat oleh pengilang dan dijual kembali pada harga yang agak murah. Selain itu ia juga mempunyai jaminan penuh daripada pengilang iaitu Apple. iPhones refurbished dibungkus menggunakan kotak khusus dengan keterangan ia adalah iphone refurbished. Dari segi aksesori pula, iphone refurbished dilengkapi aksesori iphone yang original.

Berbaloikah menggunakan iphone refurbished? Sebenarnya kualiti iphone refurbished mempunyai jaminan kualiti daripada pengilang sebab itu ia mempunyai kad jaminan daripada pengilang dan bukannya kad jaminan daripada kedai. Oleh itu kualiti iphone tidak perlu diragui. Menurut sumber, sebelum iphone refurbished ini diedarkan ia diuji terlebih dahulu dan perlu melepasi kelayakan dan berfungsi 100% peratus.

Jika anda berminat mendapatkan smartphone jenama Apple pada harga rendah, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan iphone refurbished pada harga rendah dengan kualiti yang dijamin 100% berserta kad jaminan daripada pengilang yang banyak dijual di Portal Lazada Malaysia.


Post a Comment