Apabila kanak-kanak mencecah usiaprasekolah, dia sudah menguasai pelbagai kemahiran dan kebolehan – bercakap, berjalan, berlari dan bermain.Kanak-kanak juga mula faham tentang sebab dan akibat. Luangkan masa bagi mengajar dan menerangkan peraturankeselamatan kepadanya supaya dia faham dan boleh mematuhi peraturan ini.

1.  Ajar kanak-kanak 15 Peraturan Keselamatan.

2.  Ajar kanak-kanak untuk menggunakan telefon.

3.  Ajar kanak-kanak supaya menelefon nombor kecemasan hanya jika berlaku kecemasan.

4.  Ajar kanak-kanak supaya menghafal nama penuh, alamat rumah dan nombor telefon.

5.  Apabila dia sudah boleh membaca, tuliskan nota berikut dan lekatkan berhampiran telefon. Jika berlaku kecemasan, kanak-kanak sepatutnya boleh memberikan maklumat ini:

"Nama saya ______________________
Saya tinggal di ___________________
Nombor telefon saya ialah _________
Ada kecemasan di rumah." 

15 Peraturan Keselamatan Yang Boleh Anda Ajar Kepada Kanak-Kanak

1.  Jangan cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja. Minta bantuan orang dewasa.

2.  Jangan lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.

3.  Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh.

4.  Jangan buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.

5.  Jangan duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.

6.  Jangan berlari-lari atau bermain di tangga.

7.  Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.

8.  Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.

9.  Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa.

10.  Jangan bermain atau meletakkan beg plastik ke kepala.

11.  Jangan masuk ke dapur jika tidak ada orang dewasa bersama.

12.  Jangan bermain dengan wayar langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher dan menyebabkan kamu tercekik.

13.  Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya.

14.  Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.

15.  Jangan lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.

Sekian semoga bermanfaat.



Sumber : PersatuanPediatrik Malaysia

Post a Comment