Taobao dimiliki dan diurus oleh kumpulan terkenal iaitu Alibaba merupakan laman web membeli-belah yang menawarkan jutaan produk daripada berbagai peniaga menampakkan mereka sebagai peruncit terbesar di dunia. Baru-baru ini lazada group mengadakan usaha sama dengan pihak Alibaba untuk mengadakan kerjasama e-dagang.
Ramai usahawan internet Malaysia berurus niaga di Taobao kerana harganya jauh lebih murah. Tidak hairanlah lahir sebuah ebook yang berjudul Panduan Taobao yang mengajar para usahawan internet cara-cara membeli barangan di China melalui Taobao walaupun tidak pandai menulis dan berbahasa cina supaya tidak menjadi mengasa penipuan.
Supermarket, kedai runcit, kedai hardware dan pasar malam kini dibanjiri dengan produk china namun harga yang ditawarkan sedikit mahal berbanding di Taobao. Ini adalah kerana peniaga kena mengambil kira kos penghantaran, sewa kedai, gaji pekerja, kos lampu pasar malam dan sebagainya. Mungkin anda sakit hati apabila harga yang ditawarkan oleh peniaga jauh lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan di Taobao untuk produk yang sama.
Kini, pembeli dalam talian boleh menikmati faedah membeli-belah produk Taobao secara besar-besaran melalui Lazada Singapura iaitu platform membeli-belah dalam talian yang terkemuka di Singapura. Serikan membeli-belah anda mendapatkan produk eksklusif daripada Taobao melalui kedai online Lazada Singapura.
Sekiranya anda mempunyai barang kesayangan di Taobao tetapi tidak tahu mendapatkannya kerana kekangan bahasa, rasanya penantian anda sudah berakhir. Walaupun mata wang Singapura 3 kali lebih tinggi berbanding wang Malaysia tetapi harga produk Taobao yang dijual di Lazada Singapura tidak begitu jauh bezanya.
Apabila anda membeli barang Taobao melalui Lazada Singapura, anda tidak perlu risau barang tidak sampai kerana pihak Lazada mempastikan pesanan anda sampai di dapan pintu rumah anda. Selain itu bahasa yang digunakan oleh Lazada Singapura dalam bahasa Inggeris memudahkan anda memahami ciri-ciri barang yang anda hendak beli.
Mengapa membeli Produk Taobao di Lazada Singapura?
- Anda akan dapat membeli barangan dari Taobao dalam bahasa Inggeris.
- Lazada Singapura menawarkan pelbagai barangan dari Taobao.
- Lazada singapura menawarkan barangan Taobao yang berkualiti pada harga rendah sama seperti di Taobao.com.
Terdapat juga beberapa produk Taobao di Lazada Malaysia yang diusahakan oleh peniaga ketiga. Walau bagaimanapun pembeli tidak mendapat laman khusus seperti portal Lazada Singapura. Oleh itu pembeli perlu menaip kata kunci produk Taobao jika mahukan produk murah dari Taobao.
Post a Comment