Setiap orang mempunyai rumah impian mereka sendiri dan jika anda tinggal di rumah yang anda impikan untuk sekian lama, bukankah lebih baik jika anda mempunyai alat-alat yang boleh membantu mengekalkan ia? Terdapat banyak alatan dan jenama yang boleh dipercayai yang menawarkan peralatan yang berguna yang anda perlukan untuk membaiki sesuatu di rumah anda.

Mengekalkan rupa rumah anda, jadi ia akan kelihatan sama seperti kali pertama anda melihatnya. Pastikan alatan yang dibeli betul dan kerap anda guna untuk rumah anda. Anda tidak perlu tercari-cari atau terpaksa mengambil masa ke kedai hadware untuk membeli alatan tersebut. Alat rumah ini adalah berguna dan sangat penting untuk penyelenggaraan.

Mengapa terus pergi dan balik ke kedai perkakasan yang terdekat, jika anda boleh membeli segala-galanya pada hari dan masa yang sama? Ia akan menjadi lebih baik jika anda mempunyai alat anda sendiri dan peralatan dalam membaiki rumah anda, dan bukannya mencari apabila berlaku kerosakan di rumah anda? Perkara sedemikian perlu dielakkan. Sebaliknya, melaburlah ke dalam perkara-perkara yang boleh anda gunakan dalam masa terdekat dan berpanjangan. Kita semua mahu rumah yang selamat, itulah sebab mengapa seseorang itu perlu melabur untuk jenis ini bahan.

Baiki masalah atau kerosakan dalam rumah anda dengan mempunyai peralatan yang betul dan peralatan di tangan anda. Bagi kerja mudah dibuat, anda tidak perlu untuk mengupah seseorang untuk membuat apa-apa pembaikan terutamanya jika anda mempunyai alat-alat yang betul di rumah anda sendiri.

Tool Box
Setiap rumah wajib mempunyai Toolbox. Toolbox adalah tempat menyimpan alatan tangan supaya kelihatan kemas. Anda juga tidak akan tercari-cari tools yang diperlukan apabila anda melakukan sesuatu pertukangan tangan kerana semuanya ada dalam toolbox. Semakin banyak alatan tangan dalam simpanan anda, maka semakin besarlah juga toolbox yang anda perlukan. Untuk itu saya mencadangkan kepada anda membeli toolbox yang tahan lasak dan besar supaya tidak perlu membeli banyak toolbox. Di sini disenaraikan cadangan alatan tangan yang wajib ada di setiap rumah untuk membantu dalam kerja-kerja pembaikan kerosakan kecil dalam rumah.

1. Tukul
Tukul sering digunakan untuk mengetuk paku atau mencabut paku. Tanpa tukul anda tidak akan dapat mengetuk paku. Setiap kali membaiki kerosakan dalam rumah, tukul tidak pernah ketinggalan untuk digunakan.

2. Spanner Multi Function
Alatan ini diperlukan apabila anda membaiki paip yang rosak. Alatan ini sangat sesuai kerana ia mencengkam pada batang paip yang memudahkan kerja anda. Selain itu ia tidak perlu dilaraskan, mempercepatkan kerja anda.

3. Drill
Drill ada banyak kegunaan. Drill boleh digunakan untuk menebuk dinding rumah apabila anda mahu menggantung gambar. Drill juga boleh digunakan untuk membuka dan memasang screw diperabot rumah anda. Anda sekurang-kurangnya mempunyai dua jenis drill iaitu drill menggunakan kuasa elektrik untuk aktiviti lasak dan drill menggunakan kuasa bateri untuk aktiviti kurang lasak.

4. Gergaji
Tidak kira apa jenis gergaji sama ada gergaji kayu atau gergaji besi, ia wajib ada dalam rumah anda. Untuk kerja memotong kayu atau besi, anda memerlukan alatan ini.

5. PVC Pipe Cutter
Sekiranya rumah anda menggunakan saluran paip PVC, alatan ini perlu ada dalam toolbox. Digunakan untuk memotong paip PVC dengan lebih mudah.

6. Screwdriver
Perlu ada untuk kerja melongar dan mengetatkan screw. Namun jika anda mempunyai drill yang menggunakan tenaga bateri, anda hanya perlu membeli set screw bit. Alat ini perlu apabila anda membuka soket lampu yang rosak.

7. Wrench Set
Memudahkan mengetat dan melonggarkan bolt nut. Kebanyakan meja makan sekarang menggunakan bolt nut yang adakalanya longgar dan perlu diketatkan. Alat ini juga boleh digunakan untuk membaiki kerosakan paip.

8. Electric Test Pen
Perlu apabila anda membaiki kerosakan berkaitan dengan elektrik.

9. Blower
Memudahkan anda membersihkan debu-debu yang masuk dalam komputer, TV dan sebagainya.

10. Set Screw Driver, Paku, Rivet

Alatan Lain

1. Electric Pressure Washer
Membantu anda meringankan tugas kerja-kerja membersihkan kulat yang melekat di dinding rumah atau di bahagian lantai.

2. Tangga
Tangga tidak boleh disimpan dalam toolbox tetapi wajib ada dalam rumah anda. Anda memerlukan tangga apabila mengganti lampu rumah yang rosak.

Sebenarnya terlalu banyak alatan tangan yang wajib ada dalam rumah terutama tools kecil. Walau bagaimanapun saya sendiri hanya sediakan alatan yang kerap saya guna seperti yang saya senaraikan di atas. Saya beli sedikit-sedikit dan kebanyakannya secara online di Lazada Malaysia , Lelong Malaysia dan di kedai MR. DIY.

Sekian semoga bermanfaat.

Post a Comment