Mengikut bancian terkini, lebih 400 ribu rakyat Malaysia sedang bekerja di Singapura pada masa kini yang didominasi oleh kaum Cina dan India. Pekerjaan yang mereka ceburi di Singapura lebih kurang di Malaysia seperti pelayan restoran, pekerja dobi, pekerja restoran segera, Pekerja supermarket, cuci longkang, kerja kilang, cuci bangunan dan sebagainya. Persoalannya mengapa pergi ke Singapora dan tidak berkhidmat kepada Malaysia supaya dapat mengurangkan lambakan pekerja warga asing?
Adakah rakyat Malaysia bekerja di luar negara seperti singapura semata-mata mahu memenuhi impian diri mahu bekerja di luar negara walau hanya sebagai tukang cuci bangunan?
Sebenarnya faktor gaji merupakan pendorong rakyat Malaysia bekerja di Singapura. Singapura menawarkan gaji yang sangat lumayan buat rakyat Malaysia yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia yang bekerja dalam negara. Gaji yang ditawarkan agak tinggi kemudian apabila ditukar dengan mata wang Malaysia ia akan berganda tiga kali.
Bagi yang pernah dan sedang bekerja di Singapura, pengalaman bekerja di Singapura adalah sesuatu yang amat bermakna dalam konteks ekonomi keluarga.
Mengimbau cerita pengalaman sahabat saya pada tahun 1995 yang pernah bekerja di hampir setiap negeri di Malaysia dan akhirnya pergi ke Singapura. Beliau akhirnya memilih Singapura kerana mendapat khabar bahawa gaji yang ditawarkan di Singapura jauh lebih bagus berbanding di Malaysia dan ternyata informasi yang didengarnya benar iaitu gaji di Singapura jauh lebih baik berbanding di Malaysia. Di Singapura dia hanya bekerja di Kedai Dobi dengan gaji permulaan SGD1400 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa. Keputusan beliau merantau ke Singapura dapat mengukuhkan kewangannya pada masa itu. Apabila gajinya ditukar wang Malaysia ia akan berganda tiga kali.
Buat anda yang mahu bekerja di Singapura, jangan dengar berita yang bagus-bagus sahaja tentang pekerjaan di sana. Anda tentu pernah mendengar bagaimana rakyat Malaysia dilayan seperti haiwan oleh agen-agen pencari pekerjaan. Oleh itu anda perlu mendapatkan informasi yang betul panduan mencari pekerjaan di Singapura agar tidak ditipu oleh agen pekerjaan.
Seperkara yang sangat pasti, bekerja di Singapura sedikit sebanyak dapat mengukuhkan ekonominya berbanding semasa bekerja di Malaysia. Namun jika tidak pandai menabung, keadaan akan tetap kembali asal apabila kembali ke kampung halaman. Pergi merantau bukan enjoy tetapi untuk mengukuhkan ekonomi pada masa hadapan.


Post a Comment