Suka tidak suka seluruh rakyat Malaysia perlu terima hakikat bahawa harga gula sudah meningkat sehingga RM0.11 ​​sekilogram. Tidak ada pengumuman rasmi daripada pihak berwajib tetapi seperti biasa mereka tidak akan mengumumkan agar rakyat tidak menyedari akan kenaikan tersebut.


Harga sekilogram gula kini berharga RM2.95, iaitu peningkatan 4 peratus sejak pelarasan harga terakhir pada tahun 2013. Jika rakyat bising, jawapan mereka mudah saja iaitu kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan masakan. Alasan kenaikan pula adalah bagi menjamin kesihatan rakyat Malaysia supaya tidak ada yang dipotong kaki akibat kencing manis. Secara tidak langsung kos tanggungan kerajaan merawat pesakit juga semakin berkurang.

KPDNKK dalam kenyataan terkini mengakui harga baru gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilo berkuat kuasa 1 Mac. Kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan ekoran kejatuhan mata wang Malaysia.

Terima Hakikat

Ekoran kenaikan harga gula pastinya mendapat rungutan daripada pengguna terutama golongan peniaga. Peniaga dalam dilema untuk menaikkan harga makanan kesan kenaikan harga gula kerana takut tindakan daripada KPDNKK. Terdapat pula pengguna yang berasa bimbang akan kenaikan harga barang yang berasaskan gula.

Harga sudah naik, pastinya ia tidak akan turun kembali. Ia bukan laut yang ada pasang dan surut. Terima kenyataan harga gula naik walaupun ia mungkin boleh dielakkan jika mata wang Malaysia stabil.


Post a Comment