Saya baru sahaja selesai melakukan taksiran cukai untuk 2016. Syukurlah sebab saya tidak dikenakan cukai tambahan selain cukai PCB. Sebenarnya walaupun saya membayar cukai secara berjadual tetapi saya masih dikenakan cukai tambahan dalam seribu lebih tetapi kerana pengetahuan tentang pelepasan cukai maka saya tidak dikenakan cukai tambahan malah saya terlebih bayar cukai untuk tahun semasa taksiran cukai.
Sebenarnya pengetahuan dalam pelepasan cukai boleh mendatangkan penjimatan yang besar kepada anda terutama dalam jangka masa panjang. Bagi menikmati pelepasan cukai bukan buat sesuka hati. Pastikan anda menyimpan segala resit yang perlu dituntut pelepasan cukai. Tuntutan pelepasan secara semborono kemungkinan besar anda akan dikenakan kompoun oleh pihak LHDN atau dalam erti kata lain anda didapati menipu.
Marilah kita berbincang tentang beberapa bentuk pelepasan cukai yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (dan tidak menyalahi undang-undang) seterusnya mengurangkan kadar cukai pendapatan anda.
1. Taksiran berasingan
Sekiranya pasangan anda bekerja dan membayar cukai pendapatan, taksiran cukai berasingan adalah pilihan yang paling popular.
2. Zakat
Bagi yang beragama islam, bayaran zakat boleh dituntut untuk pengeculian cukai mengikut jumlah zakat yang dikenakan.
3. KWSP
Buat caruman di KWSP pembayar cukai layak menuntut pengecualian cukai sebanyak RM6000. Selain berfaedah untuk masa depan diri sendiri dan keluarga, pembayar cukai boleh menuntut pengecualian cukai mengukut jumlah caruman.
4. Beli Insuran
Ramai yang tidak suka insuran atas alasan senang masuk susah keluarkan duit tanpa menyedari insuran boleh mengurangkan bayaran cukai pendapatan.
5. Barangan Sukan
Jika anda seorang yang aktif bersukan, jangan lupa simpan resit pembelian peralatan sukan. Masa taksiran jangan lupa tuntut pengecualian cukai sebanyak RM300. Yang tak beli peralatan sukan tapi masih bersukan ( mungkin hari-hari tekan tubi saja ) boleh runding sama kawan.. Setiap tahun saya menghabiskan sekurang-kurangnya RM300 buluh tangkis dan belum masuk barangan sukan lain.
6. Majalah dan buku yang dibenarkan
Pembayar berpeluang menuntut sebanyak RM1000 untuk bahagian ini dengan syarat anda mempunyai bukti yang anda ada membeli buku. Rajin-rajinlah membaca buku atau beli buku untuk anak yang suka membaca.
7. Perubatan untuk diri sendiri, pasangan, dan anak
Jika mendapatkan rawatan di klinik seperti cabut atau tampal gigi yang mahal gila bayarannya, jangan lupa dapatkan resit. Mungkin anda tercedera semasa bersukan dan terpaksa beli tongkat ke kerusi roda, resit mesti simpan. Banyak lagi penyakit lain yang memerlukan perbelanjaan yang banyak.
8. Pelepasan untuk anak
Setiap kepala layak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM2000. Jika anak anda masuk U, jumlah pelepasan lagi besar. Anak 18 tahun ke atas yang tak ada kerja sebab malas kerja tak layak dituntut pelepasan walaupun dia menghabiskan beras anda.
9. Komputer
Layak menuntuk pelepasan 3 tahun sekali. Kalau anda tak layak tuntuk, boleh bagi dengan isteri-isteri.
10. Perbelanjaan perubatan untuk ibu bapa
Layak tuntut sebanyak RM5000 asalkan ada bukti. Simpan resit perbelanjaan perubatan ibu bapa.
Sepuluh bentuk pelepasan cukai daripada banyak contoh pelepasan cukai yang lain diharap dapat memberi kesedaran kepada kita semua agar sentiasa menyimpan resit sebagai bukti apabila diminta oleh LHDN. Tanggungjawab sebagai pembayar cukai juga harus tidak diabaikan.
Post a Comment