Salah satu cara untuk menyebarkan posting di blog adalah dengan berkongsi dengan rakan-rakan di media sosial seperti google plus. Dengan cara ini, pengikut di media sosial dapat berkongsi posting baru di blog malah pengikut kita juga akan turut kongsikan posting tersebut kepada rakan-rakan mereka pula.

Untuk menyebarkan posting atau sharekan posting blog, ia memerlukan kita login ke akaun media sosial yang mungkin sedikit menyusahkan lebih-lebih lagi jika kita login semata-mata hendak kongsikan posting blog.

Jika anda berblogging menggunakan blogspot dan mengaktifkan akaun google plus, anda boleh kongsikan posting blog secara automatik. Tidak perlu plugin tambahan untuk menjadikan ia automatik hanya melakukan beberapa langkah sahaja untuk melakukannya.

Untuk menghubungkan blog dan akaun google plus, anda perlu log masuk ke blog Blogger anda. Kemudian klik pada ikon gear di bahagian sidebar sebelah kiri dashboard atau setting, kemudian klik Posts, comments and sharing. Di bahagian Share to Google+, anda boleh pilih sama ada auto share posting baru ke google plus atau tidak. Jika anda mahu memilih auto share posting baru ke google plus pilih Yes pada kotak kecil.



Walau bagaimanapun jika sekiranya akaun blogger anda belum bersambung dengan akaun google plus, anda tidak dapat melakukan setup auto share posting baru. Oleh itu anda kena hubungkan dahulu akaun blogger anda dengan google plus supaya anda dapat melakukan setup auto share posting baru.

Selamat mencuba.

Post a Comment