Minggu lepas pihak Lazada mengadakan promosi jualan hebat sempena ulang tahun Lazada dengan menawarkan potongan harga sehingga 85% kesemua produk Lazada. Bagi yang bijak mengambil kesempatan untuk mendapatkan produk kesayangan mereka di Lazada pada harga rendah, mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan produk tersebut pada harga yang sangat berbaloi. Saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan Stanley Speed Blower & Vacuum.
Lepas jualan promosi ulang tahun Lazada, Lazada menyambung lagi jualan promosi tetapi kali ini khusus untuk barangan bayi sahaja. Bagi yang ada anak yang masih bayi, inilah peluang keemasan untuk membeli produk keperluan anak anda untuk anak kesayangan anda. Mahu membeli belah sambil cuci mata di shopping mall, itu adalah pilihan anda kerana anda mungkin seorang yang mempunyai banyak masa untuk pergi ke shopping mall. Membeli-belah secara online adalah tindakan bijak terutama yang bekerja seharian di pejabat.
Sempena Big Baby Fair ini, selain daripada mendapat penjimatan dengan potongan harga sehingga 85%, anda juga menikmati penjimatan berganda dengan tawaran penghantaran percuma untuk barangan terpilih. Inilah masanya beli untuk stok terutama pakaian bayi yang tidak luput seperti lampin pakai buang.
Jualan hebat kali ini tidak dapat saya raikan bersama Lazada. Harga promosi Big Baby Fair murah memang murah tapi apakan daya saya tidak ada anak yang masih bayi. Jika tidak lampin pakai buang mamypoko itu sasaran utama.
Selamat berbelanja secara online.
Post a Comment