Terdapat beberapa cara penjagaan lens. Antaranya simpan tempat selamat supaya tidak terjatuh. Anda pun tahu kesannya jika lens terjatuh. Setiap penjuru rumah kita tidak lari daripada debu-debu halus jadi rajin-rajinlah bersihkan lens dengan menggunakan peniup khas. Jika perlu lap, gunakan kain lembut seperti yang digunakan untuk lap cermin mata.
Musuh utama lens ialah fungus. Apabila lens kamu diserang fungus dengan serius, tak ada jalan lain selain ganti lens baharu atau hantar ke pusat servis. Itupun akan memerlukan kos. Bagi mengelakkan pembiakan fungus, beli dry box yang mampu menghalang pembiakan fungus. Dry Box boleh dibeli di kedai kamera atau secara online di lelong atau di Lazada Malaysia. Jika anda tidak mempunyai banyak lens, memadailah dry box beli yang kecil sahaja.
Sekian secara ringkas tips penjagaan lens kamera.
Post a Comment