Kalau sudah murah sudah tentu dapat berjimat. Ada printer tak ada ink tidak boleh buat kerja. Malangnya ink sekarang semuanya naik harga ditambah lagi dengan GST 6 peratus. Hanya hujan sahaja yang turun buat masa ini tapi kalau terlampau turun akan menyusahkan semua orang terutama yang tinggal di kawasan tanah rendah yang mudah banjir.

Hari ini saya kongsikan cara berjimat membeli ink khusus untuk pengguna printer jenama Brother. Saya suka dengan jenama Brother walaupun tidak sehebat Canon kerana saya dapat menjimatkan wang setiap kali membeli ink. Dengan menggunakan CISS atau Continuos Ink Supply System, saya boleh berjimat banyak.

Setiap printer boleh dipasang dengan CISS tetapi kit CISS untuk printer Brother berbeza dengan kit CISS printer Canon. Ini adalah kerana kit CISS yang dipasang pada CANON memerlukan hose untuk disambungkan ke katrij. Sementara CISS printer Brother berfungsi sebagai katrij dan tidak memerlukan apa-apa penyambung seperti hose. Dalam kata lain, bagaimana rupa katrij ink Brother, begitulah rupa CISS ni cuma kelebihannya CISS ini boleh di refill dengan harga ink yang murah dan berkualiti.

Untuk berjimat, anda perlu membeli CISS khusus untuk model printer anda. Bagi model printer DCP-J105, rupanya seperti dalam gambar di bawah. Harga benda ini dalam RM70 termasuk ink. Jika dibandingkan dengan harga katrij original, yang ini jauh lebih murah. Jika tidak ada di kedai komputer di bandar anda, benda ni boleh dibeli di Lazada Malaysia atau di Lelong


Selama saya menggunakan printer Brother dengan memasang benda di atas, belum ada masalah besar yang saya hadapi. Jika tulisan tidak terang, saya biasanya melakukan cleaning dan akan kembali normal seperti sediakala. Satu-satunya masalah yang saya hadapi selama menggunakan printer Brother ialah kerosakan printhead. Tidak dapat dipastikan ia adalah disebabkan kesan penggunaan ink refill namun saya anggap ia rosak kerana sudah sampai waktunya setelah digunakan secara tetap hampir 6 tahun. Kemudian beli printer baru daripada jenama Brother.

Ramai tidak suka menggunakan CISS kerana banyak review negatif tentang penggunaannya. Jika ia dipasang pada printer Canon, saya setuju pemasangannya tidak berbaloi kecuali yang original dari pengilang seperti model Pixma G2000. CISS yang dipasang di kedai komputer, jika anda berehat menggunakan printer dalam masa seminggu, pasti printer akan meragam terutama apabila hose dimasuki udara. Jadi kalau menggunakan printer daripada Canon, lebih baik tidak pasang CISS.

Seperti yang saya katakan diawal tadi, CISS printer Brother berbeza dengan CISS printer lain tapi kalau masih takut guna benda ini anda masih boleh berjimat membeli ink original dangan membandingkan harga yang dijual di Lazada Malaysia.Biasanya pada masa promosi anda boleh berjimat sehingga 40% berbanding harga ink di kedai komputer.


Sekian sahaja cerita saya kali ini. Terima kasih kerana berkunjung di blog ini dan semoga catatan ini memberikan manfaat. Jika anda ada perkongsian pengalaman, jangan lupa tinggalkannya diruang komen.

Post a Comment