Beliau pernah memiliki berat badan mencecah 90kg, dan sering menjadi bahan usikan dek kerana bentuk badannya yang montel, Zulaikha Zulkifli nekad untuk berubah.
Dia membuktikan tiada yang mustahil untuk kembali kurus jika punya semangat yang kuat. Dalam tempoh lima bulan berjaya menurunkan 37kg. Dari berat 90kg Zulaikha kini gembira dengan berat badan terkini 53kg. Hebatkan!
Mengimbas tentang keadaan dirinya sebelum ini katanya tubuh yang gemuk menyebabkan dia berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.
Enggan bersenam tanpa ilmu, Zulaika mendapatkan tip dan trik dengan rujukan daripada orang terdekat dan bahan bacaan di internet agar apa yang dilakukannya kelak tidak sia-sia.
Membahagikan 50 peratus penjagaan makan dan 50 peratus lagi senaman yang konsisten, bagi Zulaikha tiada jalan mudah untuk dirinya mencapai berat badan ideal jika culas salah satu daripada dua perkara wajib itu tadi.
Memilih diet Atkins sebagai solusi, Zulaikha menetapkan untuk melakukan senaman selama 1 jam 15 minit setiap hari tanpa gagal.
Dalam masa lima bulan beliau dapat menurunkan hampir 37kg dan kini masih lagi berusaha untuk mencapai berat ideal yang sepadan dengan BMI beliau.
Kongsi Tip
Diminta untuk berkongsi tip buat pembaca Rapi yang mahu menurunkan berat badan, Zulaikha tidak lokek malah bersungguh-sungguh untuk sharing apa yang pernah dipraktikkan.
● Jangan mudah mengaku kalah
● Jangan sesekali pujuk diri dengan mengatakan berbadan gempal itu comel
● Cekalkan hati dan jangan sesekali culas ketika berdiet
● Sentiasa bermotivasi dan percaya dengan diri sendiri
● Selepas usaha jangan lupa untuk berdoa dan bertawakal.
● Apabila sudah mencapai berat badal ideal, jangan cepat lupa diri dan sentiasa menjaga aurat.
Menu Pilihan
Sarapan : Telur + Sayur hijau + Limau suam
Tengahari : Seketul ayam + sayur hijau
Malam : Teh hijau + hirisan halia
Artikel dipetik dari Sinarharian
Post a Comment