LAZADA Malaysia membawa 1,000 jenama untuk jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, Online Revolution bermula 11 November hingga 14 Disember 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hans-Peter Ressel berkata, jualan selama sebulan itu mendapat penyertaan 55,000 peniaga tempatan dan antarabangsa.

“Jualan Online Revolution  itu kali kelima dianjurkan sejak 2012 dan menerima sambutan luar biasa.

“Bertemakan Brands for All,  menjadi penanda aras evolusi Lazada sebagai hab pelbagai jenama kegemaran rakyat Malaysia,” katanya ketika pelancaran jualan atas talian e-dagang popular, semalam.

Antara jenama yang menyertai acara jualan besar-besaran itu termasuk Drypers, L’Oréal, Nestlé dan Samsung.

Menurutnya, Lazada Malaysia menawarkan jutaan akses kepada rakyat  Malaysia.

 “Sebanyak 81 peratus  pelanggan kami tinggal di luar Kuala Lumpur dengan akses terhad kepada pusat beli belah dan barangan berkualiti.

Justeru, katanya, Online Revolution dapat mendekatkan  jurang antara jenama dan pengguna.

“Misi kami hanya satu iaitu menawarkan pelbagai jenama dengan akses tanpa had kepada pengguna di luar bandar,” katanya.

Ressel berkata, pihaknya mempunyai demografi pengguna yang lebih berusia, pelbagai dan sub bandar.

Menurutnya, Lazada berusaha menawarkan produk yang masyarakat mahu.

Katanya, Lazada Malaysia memberi tawaran tanpa tandingan iaitu sebuah katalog dengan lebih tujuh juta produk merentasi 17 kategori produk terlaris termasuk lampin pakai buang, barangan runcit dan perkakas dapur.

-Sinarharian

Post a Comment