Mesin pembuat kopi yang saya beli di Lazada Malaysia sudah sampai beberapa hari yang lepas tetapi baru hari ini saya berkesempatan untuk menulis di blog ini tentang review saya tentang mesin pembuat kopi yang dikenali sebagai nescafe barista.


Benarlah seperti yang dinyatakan dalam iklan, dengan hanya satu sentuhan saya sudah menikmati hidangan minuman yang enak. Saya sebagai seorang penggemar kopi berpuas hati dengan mesin ini. Terdapat lima jenis perisa kopi jadi saya akan tukar-tukar selera setiap hari. Rasanya semua menyegarkan.

Itulah mesin pembuat kopi yang saya beli di Lazada Malaysia. Harganya sangat berbaloi RM239 tetapi kos penghantaran ke Sabah sangat mahal iaitu RM106. Namun itu bukan halangan untuk mendapatkan mesin kerana nikmatnya jauh lebih baik berbanding hari-hari minum nescafe 3 dalam 1.

Nikmat kopi nescafe barista tidak perlu dijelaskan. Kalau bukan penggemar nikmat kopi lain cerita. Kita cakap sedap diorang cakap pahit.

Menggunakan mesin pembuat kopi ini, tugas saya lebih mudah. Hanya sediakan gelas dan hanya dengan satu sentuhan, saya sudah sedia menikmati kopi yang lazat. Jika anda terlewat untuk pergi ke pejabat, usah bimbang sebab untuk menyediakan secawan kopi dengan menggunakan mesin ini tidak sampai satu minit.

Pagi menikmati perisa cappuccino, petang ada ada empat lagi pilihan perisa. Ya, mesin ini memang ajaib sebab boleh membuatkan saya 5 jenis perisa kopi.



Berdasarkan pemerhatian saya, dengan menggunakan mesin pembuat kopi ini nampaknya lebih jimat sebab kuantiti kopi sudah diset oleh mesin berbanding menggunakan serbuk nescafe classic, mungkin kita terlebih serbuk semasa menyediakan minuman.

Jika anda penggemar kopi, jangan banyak fikir-fikir lagi. Beli hari ini di Lazada Malaysia.

Post a Comment