Saya sudahpun mencuba pengisar ini. Malangnya saya tidak mengambil gambar atau video untuk tujuan review sebab malas rasanya transfer gambar dari smartphone ke komputer. Apapun dengan ayat-ayat ringkas ini anda memahami perkara yang saya sampaikan.
Kelebihan
Di sini saya ceritakan secara ringkas kelebihan pengisar daging ini yang membuatkan saya berpuas hati sesuai dengan harganya.
1. Pengisar sampai pada waktu yang ditetapkan.
2. Dapat mengisar daging dengan baik seperti yang ditunjukkan dalan video di youtube. Untuk bahagian ini saya sangat berpuas hati. Anak perempuan saya baru darjah lima pun boleh mengisar menggunakan pengisar ini.
3. Mudah dikendalikan seperti membuka perkakasan untuk tujuan mencuci atau memasang semula apabila digunakan.
Kelemahan
Walaupun pengisar ini banyak kebaikan tetapi ia tetap ada kelemahan. Biasalah kalau beli online, barang sampai baru kita tahu sifatnya. Antara perkara yang saya tidak puas hati dengan produk ini adalah seperti berikut :
1. Pembungkusan yang tidak kemas. Sangat tidak kemas. Orang Malaysia kalau malas-malaspun tetap akan cari kotak yang sesuai. Orang China balut pakai plastik buih saja. Mungkin itu yang menyebabkan bahagian tempat daging ada sedikit sumbing. Sumbing itu yang mencacatkan mesin pengisar ini. Tidak kelihatan baru. Mungkin sudah diguna mengisar daging tikus sebagai ujikaji.
2. Alat ganti untuk saiz daging yang dikisar ( yang banyak lubang tu ) disimpan dengan gam yang susah dibuka. Saya pun berfikir tujuan orang itu membubuh gam. Mungkin untuk mengelakkan berkarat. Sampai begitu sekali.
Sampai sini sahaja. Semoga review ringkas ini akan menjadi pertimbangan anda untuk mendapatkan produk ini.
Post a Comment