Daging kisar merupakan daging yang dikisar dengan menggunakan mesin pengisar daging atau dicincang halus-halus dengan menggunakan pisau daging. Semua daging sesuai dikisar.

Kebanyakan pengguna lebih gemar mengisar daging segar sendiri berbanding membelinya di kedai kerana kesegarannya lebih terasa.

Penggunaan mesin pengisar daging boleh diolah menjadi resepi baharu kerana teksturnya lebih halus berbanding daging cincang.

Saya baru sahaja membeli mesin pengisar daging di Lazada Malaysia selepas melihat mak cik saya mengisar daging untuk dijadikan inti dalam peria. Melihat proses penyediaan lebih mudah dengan adanya mesin pengisar daging ini saya mengambil keputusan membelinya sendiri. Harganya pun tidak mahal iaitu dalam RM50 tidak termasuk kos penghantaran tapi kalau rajin godek-godek di Lazada Malaysia boleh dapat berharga RM34.

Hinava merupakan makanan tradisi kegemaran saya. Biasanya saya mencincang ikan supaya menjadi lumat. Saya dapat membayangkan dengan menggunakan mesin pengisar ini persiapan membuat hinava lebih mudah. Tangan tidak lagi sakit mencincang daging ikan lebih-lebih lagi jika dalam kuantiti banyak.

Melihat penggunaan mesin pengisar daging, penggunaan mesin pengisar daging sudah tentu menjimatkan masa. Pengguna pula boleh menentukan sama ada daging yang dikisar mahu dikisar dengan lebih halus atau tidak, mengikut kesesuaian resipi masing-masing.

Rasanya tidak sabar menunggu mesin pengisar daging yang baru saya beli di Lazada Malaysia. Harap saya menerima mesin pengisar daging ini mengikut masa yang ditetapkan.

Buat pembaca semua, jika mahu memiliki mesin pengisar daging boleh beli online dengan harga lebih murah berbanding di pasar raya tetapi kena sabar tunggu sebab mungkin akan ambil masa untuk sampai ke rumah anda. Jika anda mahu mencari di Lazada Malaysia taip saja 'meat grinder mincer'.

Post a Comment