Para penerima BR1M tidak ketinggalan menghadap TV atau mendengar melalui radio pengumuman penting oleh Perdana Menteri tentang peningkatan jumlah bayaran BR1M.
Kakitangan Awam yang merupakan penggerak agenda kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri menanti khabar gembira daripada Perdana Menteri bagi mengumumkan semakan gaji kakitangan awam dan pengumuman bonus dua bulan yang dipohon oleh presiden CUEPACS baru-baru ini.
CUEPACS mengekalkan tuntutan dua bulan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam akhir tahun ini. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata tuntutan itu adalah relevan dengan keadaan semasa yang menyaksikan kenaikan pelbagai harga barangan.
Saya pula menanti khabar gembira daripada kerajaan agar memansuhkan sepenuhnya cukai SST. Cukup-cukuplah rakyat Malaysia membayar cukai GST saja. Walaupun pada dasarnya kerajaan sudah memansuhkan cukai SST tetapi itu hanya pada mulut. Hakikatnya tidak ada penurunan harga barangan selepas cukai GST di perkenalkan.
Sama-samalah kita menunggu khabar gembira daripada Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2017 esok.


Post a Comment