Gambar Hiasan

Heboh khabar angin mengatakan SK Pasir Putih dapat soalan bocor. Menurut info tidak rasmi, pada hari kedua peperiksaan dijalankan iaitu semasa kertas Bahasa Inggeris, pengawas mendapati ada murid membawa jawapan yang sepadan dengan jawapan soalan dalam kertas peperiksaan UPSR. Murid-murid yang membawa kertas jawapan dari luar terdiri daripada murid-murid lemah yang tidak mampu menghafal jawapan yang diberikan oleh guru.

Pengawas membuat pemeriksaan di beberapa bilik peperiksaan dan mendapati jawapan murid-murid semuanya sama. Apabila disiasat, murid mengakui mereka menghafal jawapan yang diberikan oleh guru Bahasa Inggeris Tahun 6.

Pengawas memanggil Guru Bahasa Inggeris untuk menyelesaikan masalah tetapi Guru Bahasa Inggeris pergi bersembunyi.

Info-info ini tidak rasmi tetapi sudah menjadi buah mulut dikalangan guru-guru. Bagaimana mereka mendapat info itu tidak dapat dipastikan.

Jika info ini benar, ini membuktikan keputusan yang mereka perolehi sebelum ini tidak pernah telus. Ini ditambah pula dengan rungutan daripada guru sekolah Menangah yang menerima murid sekolah berkenaan.

Setiap tahun keputusan UPSR meletup tetapi dalam masa sama tidak dapat melahirkan murid-murid yang berkualiti tidak ada ertinya. Guru-guru begini sebenarnya guru yang paling bermasalah kerana tidak mempunyai keyakinan diri terhadap pengajaran organik. Mereka menipu murid-murid dan diri sendiri. Mereka menipu diri sendiri dan paling teruk menipu Tuhan mereka. Guru seperti ini sebenarnya melahirkan murid-murid yang bodoh. Ingat, apabila mereka dewasa nanti, cikgu akan dikenang sebagai guru yang menipu dalam peperiksaan, membantu mereka memberi jawapan soalan UPSR.

Tidak hairanlah guru sekolah menengah yang menyambut murid-murid SK Pasir Putih bising sebab murid yang mendapat 5A dalam UPSR tidak dapat membaca dengan lancar. Lebih teruk tidak tahu membaca dalam Bahasa Inggeris walaupun mendapat Gred A dalam UPSR. Jika ini tuduhan liar, boleh tanya secara personal guru-guru sekolah menangah yang menerima murid-murid SK Pasir Putih.


Post a Comment