Kemarin saya mendapat email promosi daripada Lazada Malaysia yang memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu nescafe barista machines. Kemudian saya mengoogle tentang produk ini bagi mendapatkan maklumat lanjut machine membuat kopi ini.

Produk ini rupanya sudah lama berada di pasaran cuma saya tidak mengetahuinya. Namun Lazada Malaysia mengadakan tawaran hebat mesin pembuat kopi ini pada harga RM239 berbanding harga asal RM399. Hasil tinjauan saya terhadap review kebanyakan blogger yang mendapatkan produk ini sangat berpuas hati dan berpendapat nikmat kopi sebenar adalah dengan mesin nescafe barista.

Malangnya mesin ini tidak berfungsi untuk produk nescafe lain seperti Nescafe Classic selain Nescafe Gold Blend. Tidak apalah, janji dapat memberikan nikmat kopi yang sebenar.



Saya sebagai penggemar nescafe sudah tentu tertarik dengan mesin pembuat kopi ini. Sebelum ini hanya menikmati nikmat kopi di pusat servis toyota setiap kali pergi servis kereta tetapi di situ hanya menggunakan nescafe classic dan bukan nescafee gold blend. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak Lazada Malaysia, mesin ini mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan mesin pembuat kopi yang lain. Mesin pembuat kopi ini merupakan mesin pembuat kopi yang sangat memenuhi kehendak penggemar kopi kerana dengan mesin ini dapat menghasilkan 5 jenis stail minuman dengan hanya satu sentuhan. Antara stail minuman yang boleh dihasilkan dengan mesin ini ialah Latte Macchiato, Espresso, Lungo, Cappuccino, dan Americano. Anda boleh rujuk gambar di atas atau terus ke Lazada Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Melihat tawaran yang diberikan oleh Lazada Malaysia, saya tidak mampu melepaskan peluang bagi mendapatkan mesin ini. Jika harga mesin pembuat kopi ini akan naik selepas saya membeli bermakna saya untung, sebaliknya jika harga mesin ini lebih rendah pada masa hadapan, pastinya saya mengalami sedikit kerugian dari segi harga tapi untung menikmati kopi yang menjadi kewajiban saya pada setiap pagi.

Petang hari ini saya mendapat email daripada Lazada Malaysia yang menyatakan pesanan saya sudahpun dihantar. Ini bukan cerita hari ini beli, hari ini dipost. Sebenarnya produk ini saya pesan semalam lagi selepas membaca review daripada blogger.

"Part of your order from Order XXXXXXX  is being shipped and will be out for delivery within the next 48 hours. We will update you via email shortly when the remaining item(s) in your order is dispatched."

OK, jika anda penggemar nescafe, anda juga tentu memerlukan mesin ini.  Dengan mesin ini bolehlah tukar-tukar stail minuman anda, hari ini mungkin Latte Macchiato,esok Espresso, lusa Lungo, dan hari seterusnya Cappuccino, dan Americano. Tentu hebat perasaankan???

Review akan menyusul apabila mesin sampai dan jika ada masa melayan blog ini.

Post a Comment