Saya bercadang mahu membeli sebuah lagi gerudi khusus untuk screw tetapi kali ini mahu mencari Impact Driver Drill yang guna wayar punya. Terdapat beberapa alasan saya membeli drill yang menggunakan wayar. Walaupun tajuk blog ini seolah-olah meminta cadangan daripada pembaca tetapi sebenarnya saya mahu membuat sedikit perbandingan ringkas antara gerudi yang menggunakan bateri dan gerudi yang menggunakan wayar yang disambung terus ke soket.

Seperti yang saya nyatakan, untuk kali ini saya bercadang mendapatkan gerudi yang menggunakan wayar. Antara sebab utama saya mahu membeli gerudi yang menggunakan wayar adalah seperti berikut.

1. Saya sudah ada gerudi yang menggunakan kuasa bateri.

2. Kemampuan kuasa bateri mula terhad apabila kuasa bateri semakin lemah. Ini menyebabkan kerja-kerja saya akan terganggu. Saya terpaksa cas bateri dan menunggu beberapa lama untuk boleh digunakan semula. Walaupun saya mempunyai bateri tambahan tetapi tenaganya akan habis sebelum beteri yang dicas boleh digunakan sekiranya saya menggunakan gerudi tersebut secara berterusan. Sementara menggunakan gerudi yang menggunakan wayar, saya hanya sambung ke soket kemudian guna. Kemampuan pula tetap dari mula ke akhir kerja selagi ada tenaga elektrik.

3. Gerudi yang menggunakan karan tidak perlu cas. Apabila digunakan, hanya sambungkan ke soket dan boleh berfungsi dengan baik. Sementara gerudi yang menggunakan bateri, bateri gerudi perlu dicas sebelum digunakan lebih-lebih lagi jika sudah lama tidak digunakan. Jika tidak ia tidak mampu membenamkan screw walau satu inci.

4. Rasanya wayar tidak akan rosak. Jika rosakpun boleh boleh diganti sendiri dengan kos yang rendah tetapi bateri gerudi bosch tidak kurang daripada RM100 sebiji. Kalau dapat yang original bagus tapi kalau terbeli yang tiruan merana, dijamin tidak tahan.

Walau macam manapun, gerudi yang guna bateri wajib dimiliki. Gerudi menggunakan bateri punya kelebihan yang tersendiri, antaranya -

1. Untuk kegunaan pada saat-saat tidak terduga. Mana tahu anda memerlukan gerudi ketika tidak ada kuasa elektrik tetapi bateri gerudi anda masih boleh berfungsi dengan bagus atau semasa anda bertukang tiba-tiba bekalan elektrik terputus.

2. Lebih sesuai digunakan di tempat yang tinggi seperti memasang soket lampu, memasang kipas atau memasang plaster siling. Anda tidak perlu tarik-tarik wayar ke hulu ke hilir.

3. Jika anda menggunakan gerudi yang menggunakan bateri ditempat basah, anda selamat daripada terkena renjatan elektrik..hee.

Jadi gerudi pilihan anda macam mana?

Jika anda kerap menggunakan gerudi, saya cadangkan anda membeli kedua-duanya. Antara alasannya ada saya nyatakan di atas, dan ia sebenarnya pengalaman peribadi. Sebaliknya jika anda jarang-jarang menggunakan gerudi, saya cadangkan beli yang menggunakan wayar kerana bateri gerudi boleh cepat rosak jika jarang digunakan.


Berminat? Anda boleh mendapatkan gerudi ini di kedai hadware atau secara online di portal Lazada Malaysia, portal Shopee atau di Lelong.my

Terima kasih kerana membaca...



Post a Comment