1. Selepas Malaysia Airlines @ MAS menamatkan perkhidmatan 6000 orang pekerjanya Jun tahun ini, NAZA di Gurun Kedah juga menamatkan perkhidmatan 300 orang kakitangan mereka Ogos lepas.
2. Kilang CCM di Shah Alam telah ditutup menyebabkan 200 pekerja hilang pekerjaan..
3. Kilang Ansell dan JVC juga di Shah Alam juga telah ditutup. Seramai 200 dan 300 pekerja juga hilang pekerjaan..
4. RHB Bank akan memberhentikan 2000 orang pekerja melalui VES @ Voluntary Exit Scheme. Ia dilakukan selepas CIMB Bank membuang 1800 pekerja di Malaysia dan 2200 di Indonesia..
5. Maybank telah dan sedang melaksanakan ERS @ Early Retirement Scheme. Tidak dapat dipastikan jumlah pekerja yang bakal ditamatkan perkhidmatan.
6. Kuwait Finance House akan menutup seluruh operasi dan perniagaan mereka di Malaysia. Rundingan sedang dijalankan dengan bank yang akan mengambil alih operasi mereka termasuk aset dan liabiliti. Apabila berlaku M&A @ Merger & Acquisition atau buy over, sebahagian kakitangan akan ditamatkan perkhidmatan..
7. Hari ini ringgit terus jatuh berbanding USD kepada RM4.35. Dijangkakan ringgit akan terus jatuh sehingga akhir tahun.
8. Kadar inflasi akan terus meningkat, pengangguran akan bertambah, dan kuasa beli akan berkurang khususnya pada tahun 2016.
9. Sektor-sektor swasta sedang dalam proses mengurangkan kakitangan dan pengambilan kakitangan baru dibekukan..
10. Kerajaan akan mengurangkan bajet kepada semua kementerian. PM Najib sudah bagi isyarat semalam di mana beliau menyeru universiti-universiti awam mengambil inisiatif mencari dana sendiri dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan.
11. Suasana politik dan ekonomi yang tidak stabil menghalang pelabur dari luar negara daripada melabur di Malaysia. Kesannya ekonomi tidak berkembang dan peluang pekerjaan gagal diwujudkan..
12. Lemahnya nilai ringgit dan meningkatnya inflasi menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport barang-barang dari luar negara dengan harga yang lebih mahal dan membayar hutang dengan nilai yang lebih tinggi..
13. Kesannya ialah cukai yang lebih tinggi akan dikenakan kepada para peniaga yang akan mengakibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan..
14. Kesan kepada rakyat juga akan lebih buruk di mana selain dari terpaksa membayar dengan lebih mahal untuk barangan dan perkhidmatan, subsidi juga akan ditarik seperti yang telah dilakukan terhadap harga petrol dan diesel. Subsidi-subsidi yang lain juga akan ditarik atau dikurangkan. Kuasa beli akan semakin jatuh..
15. Walaupun ekonomi tdk memberangsangkan, harga rumah akan semakin meningkat. Bank2 akan mengetatkan syarat pinjaman menyebabkan proses membeli dan memiliki rumah semakin sukar..
Semuanya adalah petanda Malaysia sedang dan akan melalui krisis ekonomi yang teruk dan pihak yang akan terjejas dengan teruk ialah rakyat jelata khususnya yang tiada pendapatan tetap, berpendapatan rendah, dan sederhana. Ditambah dengan krisis politik yang semakin merunsing, masa depan negara khususnya kepada generasi muda dan generasi yang akan datang dilihat semakin kelam dan suram..
Sumber :
Post a Comment