Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang Memperolehi Ijazah Semasa dalam Perkhidmatan untuk Dinaikkan Pangkat ke Gred DG42 Bagi Urusan Tahun 2016. Kenaikan pangkat ke Gred DG42 2016 boleh di semak setiap hari sehingga muncul nama anda berjaya dilantik ke DG42.
PERHATIAN:
1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
4. Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1) dan diemelkan kepada pegawai-pegawai ini.
5. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berjaya bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak status Surat Kenaikan Pangkat dengan Ketua Jabatan/ Bahagian masing-masing selepas dua (2) minggu dari Tarikh Lembaga Bersidang. Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada kami (KPM).
Layari Laman Web Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat untuk mengetahui status permohonan anda.
Post a Comment