Jika kebetulan nasib anda tidak bagus, anda tidak akan mendapat kereta sewa kerana kemungkinan sudah habis ditempah. Mahu tak mahu anda kena menggunakan teksi yang tambangnya sangat mahal walaupun hanya beberapa minit sahaja anda duduk dalam badannya. Berbanding kereta sewa, ia dikira harian. Sementara kos sewa pula bergantung kepada jenis kenderaan yang anda guna.
Kebanyakan pengusaha kereta sewa tidak mempunyai beratus-ratus kereta untuk disewakan. Oleh itu adakalanya kereta sewa mereka fully booked. Ini tentu menggusarkan diri sendiri apabila gagal mendapatkan kereta sewa.
Pengalaman saya dengan kawan saya semasa di KL Sentral mengalami kepayahan untuk mendapatkan kereta sewa. Bukan tidak ada kereta sewa tetapi sudah habis ditempah oleh pelanggan. Saya masih ingat bagaimana pengusaha kereta sewa menghubungi kawan-kawannya bagi bertanyakan kereta sewa mereka. Walaupun akhirnya dapat tetapi harganya sedikit mahal kerana sudah tentu yang berusaha mendapatkan kita kereta sewa mahukan komisyen.
Sebenarnya sewa kereta sewa boleh diperoleh dengan lebih murah dengan menempah kereta sewa secara online. Adakalanya rancangan awal tidak mahu menggunakan kereta sewa tetapi apabila mahu bebas berjalan barulah terfikir mahu menggunakan kereta sewa. Terdapat banyak perkhidmatan kereta sewa
yang boleh ditempah secara online di Malaysia. Semasa anda menempah hotel juga ada diberi pilihan sama ada memerlukan kereta sewa atau tidak. Kemudian kalau menggunakan kereta sewa, mahu bawa sendiri atau memerlukan pemandu.
Sebagai kesimpulannya, bagi mendapatkan harga kereta sewa lebih murah dan terjamin mendapat kereta sewa, tempahlah kereta sewa secara online.
Post a Comment